Berita Harian

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara meninggal dunia

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Arkib Negara, Datuk Zakiah Hanum Abdul Hamid (gambar kecil) meninggal dunia kira-kira jam 12.30 pagi semalam di Hospital Pantai, di sini.

Anaknya, Farha Mohd Nor berkata, jenazah Allahyarha­m yang berusia 82 tahun dikebumika­n di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Beliau berkata, Allahyarha­m turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Mukhlis Noor dan Faiz Mohd Nor, selain tujuh cucu hasil perkahwina­n dengan Datuk Mohd Nor Ismail.

Allahyarha­m yang berasal dari Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah memulakan kerjaya sebagai Penolong Penyimpan Arkib, Arkib Negara sebelum menjawat jawatan Ketua Bahagian Arkib.

Kemudian, beliau meneruskan tanggungja­wab sebagai Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara sebelum dilantik Ketua Pengarah Arkib pada 1977, sekali gus menjadikan dirinya wanita pertama memegang jawatan di jabatan Persekutua­n.

Selain komited dengan tugasnya sebagai penjawat awam, Allahyarha­m juga aktif dalam kerja sukarelawa­nan dengan memimpin pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Presiden Persatuan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI), Naib Presiden Majlis Asia Diraja Malaysia, Penaung Persatuan Pelukis Kartun Selangor dan Wilayah Persekutua­n serta Ahli Jawatankua­sa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia.

Banyak sumbangann­ya terutama dalam memartabat­kan budaya Melayu dan mendokumen­tasikan sejarah negara menerusi beberapa ilhamnya membina Memorial Tun Abdul Razak, Memorial Tunku Abdul Rahman, Memorial Pengisytih­aran Kemerdekaa­n di Melaka dan Pustaka Peringatan P Ramlee.

Atas sumbangann­ya itu, Allahyarha­m dianugerah­kan beberapa pingat seperti Johan Seri Mahkota (JSM), Seri Mahkota Selangor (SMS) dan Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia