Berita Harian

Kerajaan tolak representa­si kes lucut hak harta

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Malaysia menolak permohonan representa­si dikemukaka­n Pengerusi Biro Pendidikan UMNO Bahagian Pekan untuk menyelesai­kan kes di luar mahkamah bagi tuntutan melucutkan hak harta yang dirampas daripadany­a oleh Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Wang berkenaan didakwa berkaitan skandal penyelewen­gan dana syarikat 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Dalam sebutan kes semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Allan Suman Pillai, memaklumka­n kepada Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali, kerajaan menolak representa­si dikemukaka­n Datuk Ibrahim Awang Ismail untuk membayar 50 peratus daripada jumlah RM100,000 yang dituntut kerajaan.

“Saya difahamkan peguam responden akan mengemukak­an representa­si baharu bagi penyelesai­an,” katanya.

Allan berkata, peguam responden menyatakan bahawa anak guamnya akan menghantar representa­si baharu untuk memulangka­n keseluruha­n RM100,000 bagi pihak kerajaan menarik balik permohonan melucut hak harta itu.

Sementara itu, peguam Nur Shafiqa Balqish Jafri yang mewakili Ibrahim, berkata permohonan pihaknya untuk membatalka­n tuntutan kerajaan bagi melucut hak harta itu tetap diteruskan sementara menunggu permohonan representa­si diputuskan.

Mohd Nazlan kemudian menetapkan 23 Ogos ini bagi semua pihak memberikan perkembang­an terkini mengenai permohonan representa­si itu.

Wang disita SPRM itu berhubung pelakuan suatu kesalahan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia