Berita Harian

UPNM lapor polis, dakwa penyebaran berniat jahat

-

Kuala Lumpur: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) membuat satu laporan polis berhubung penyebaran satu klip video di media sosial yang didakwa kejadian dera membabitka­n penuntutny­a.

Universiti itu dalam satu kenyataan semalam, memaklumka­n siasatan dalaman sudah dijalankan oleh pihaknya dan mendapati klip video yang tular itu adalah satu kes yang berlaku pada 2016.

“Penyebaran video berkenaan memberi gambaran yang tidak tepat mengenai keadaan ketika ini.

“Ia juga membawa kesan negatif terhadap imej universiti (UPNM). Motif pihak tularkan video ini tidak diketahui,” kata kenyataan itu.

Katanya lagi, UPNM maklum bahawa terdapat video yang sedang ditularkan melalui media sosial bertujuan memberi gambaran seolah-olah buli dan deraan adalah satu amalan biasa di universiti itu.

“UPNM menafikan bahawa deraan adalah budaya dan kebiasaan

UPNM menafikan bahawa deraan adalah budaya dan kebiasaan di universiti, bagaimanap­un kita tidak menafikan bahawa pernah berlaku kes deraan pada masa lalu.

di universiti, bagaimanap­un kita tidak menafikan bahawa pernah berlaku kes deraan pada masa lalu.

“Universiti mengambil serius terhadap apa-apa kes deraan sama ada yang membabitka­n pegawai kadet mahu pun pelajar awam.

“UPNM mengamalka­n konsep zero tolerance for ragging dan mereka yang terbabit dengan perkara itu sudah pun diambil tindakan tatatertib termasuk pembatalan tauliah serta disabitkan di mahkamah mengikut perundanga­n negara,” kata kenyataan itu lagi.

Kelmarin, tular satu klip video menerusi medium Twitter yang dikongsi seorang pengguna media sosial itu mengguna nama An Afdhal.

Menerusi klip video berdurasi satu minit lima saat itu, kelihatan seorang individu dipercayai seorang pelatih dalam keadaan berdiri dengan tangan di belakang dan seorang individu lain menarik hujung tali lehernya dari arah belakang.

Turut kelihatan antara enam hingga tujuh individu lain mengelilin­gi mereka dengan seorang menampar pipi pelatih berkenaan dengan kedua-dua tangannya sebelum seorang lagi menumbuk perut pelatih itu beberapa kali.

Pada babak akhir klip video berkenaan, kelihatan dua pelatih dalam keadaan meniarap dan menggerakk­an tubuh mereka dengan kaki ke hadapan seperti cara anjing laut berjalan tanpa bantuan tangan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia