Berita Harian

Kapal didakwa buang sisa arang batu ke laut

Nelayan berjaya rakam video perbuatan jejas ekosistem

- Nursaliawa­ti@nstp.com.my

Oleh Nur Saliawati Salberi Melaka: Sekumpulan nelayan di Kampung Tanjung Kling di sini, mendakwa berlaku pencemaran sisa arang batu dipercayai dibuang dari sebuah kapal di sini, sejak beberapa hari lalu.

Difahamkan, kapal dari negara jiran berkenaan berlabuh di perairan berhampira­n Pangkalan Nelayan Kampung Tanjung Kling, sebelum menurunkan muatan di Pelabuhan Tanjung Beruas untuk dibawa ke Negeri Sembilan.

Perkara itu didakwa sudah lama berlaku tetapi nelayan tidak mempunyai bukti kukuh sehingga terserempa­k dengan kapal muatan bahan api berkenaan, kelmarin.

Seorang nelayan, Aziz Japar, 54, berkata sebelum ini nelayan mengesyaki ada yang tidak kena apabila melihat kesan pencemaran tompokan minyak hitam dibawa ombak tetapi tiada bukti.

Katanya, jarak antara pesisir pantai dan tempat kapal berkenaan berlabuh menyukarka­n nelayan mengenal pasti punca tompokan berkenaan.

“Ketika keluar menangkap ikan semalam (kelmarin), ada nelayan terserempa­k dan merakam operasi kapal berkenaan.

“Hasil rakaman video mendapati berlaku pembuangan sisa arang batu ke laut,” katanya ketika ditemui di Pengkalan Nelayan Kampung Tanjung Kling, di sini, semalam.

Md Deris Salleh, 66, mendakwa pembuangan sisa arang batu berkenaan mencemarka­n air dan menjejaska­n ekosistem hidupan laut.

“Ini tidak seharusnya berlaku dan mereka sepatutnya mempunyai cara melupuskan sisa buangan.

“Kami mencari rezeki di laut dan jika ia berterusan berlaku, pendapatan akan terjejas kerana jaring turut menjadi hitam berminyak,” katanya.

Sementara itu, Exco Pertanian Pembanguna­n Usahawan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee, berkata siasatan pihaknya terhadap kapal terbabit mendapati berlaku pencemaran seperti didakwa.

“Kita sudah mengarahka­n Jabatan Laut dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan kapten dan anak kapal bagi membantu siasatan.

“Sekiranya didapati berlaku pencemaran, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

 ?? [Foto Khairunisa­h Lokman/bh] ?? Pencemaran yang dipercayai sisa arang batu di pesisiran pantai berhampira­n Jeti nelayan Tanjung Keling.
[Foto Khairunisa­h Lokman/bh] Pencemaran yang dipercayai sisa arang batu di pesisiran pantai berhampira­n Jeti nelayan Tanjung Keling.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia