Berita Harian

Penyelia minat tangkap ular

-

Pekan: Seorang penyelia ladang kelapa sawit menjadikan menangkap ular, termasuk yang berbisa, sebagai bidang khidmatnya kepada orang awam.

Shafiq Zulkifli, 23, bekerja sebagai penyelia di sebuah ladang kelapa sawit milik anak syarikat kerajaan tetapi menyertai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cawangan Pekan dengan memilih bidang yang berbahaya itu.

Beliau yang juga lulusan Diploma Kejurutera­an Mekanikal dari Politeknik Sultan Ahmad Shah itu juga tidak pernah mengikuti kursus formal menangkap ular sebaliknya hanya belajar daripada bekas kakitangan Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK), Mohd Sabron Jamil Kamaruddin, yang terkenal dengan kemahiran menangkap ular berbisa.

Walaupun pada awalnya dia menyembuny­ikan minat berkenaan daripada pengetahua­n ahli keluarga, akhirnya perkara itu diketahui ibunya, Saliza Sidek, 44.

“Ketika mula berjinak dengan kegiatan menangkap dan menjinakka­n ular, memang ibu tidak tahu, rasanya adalah dua tiga kali kena patuk dengan ular dan dimasukkan ke hospital, ketika itu barulah dia tahu dan akhirnya mengalah serta merestui minat saya.

“Selepas ibu tahu minat saya menangkap dan menjinakka­n ular berbisa, saya sudah jarang berdepan situasi bahaya apabila beraksi dengan ular,” katanya ketika ditemui di kediaman ahli keluargany­a di Nenasi, dekat sini.

Dia bagaimanap­un berkata, ayahnya, Zulkifli Ibrahim, 55, tidak pernah menghalang minatnya itu, namun sering menasihati supaya sentiasa berhati-hati.

Katanya, tugas bersama APM juga dipilih kerana boleh meneruskan minatnya dalam kerja menangkap ular yang memasuki kediaman penduduk sekitar daerah ini.

“Biasanya jika APM terima panggilan atau aduan berkaitan kejadian ular memasuki rumah penduduk, saya akan dipanggil untuk membantu pegawai dan anggota lain menyelesai­kan masalah (aduan) itu.

“Melalui cara ini saya dapat meningkatk­an kemahiran sambil memberikan perkhidmat­an kepada orang ramai,” katanya.

Shafiq berkata, kali pertama berpeluang menangkap ular jenis tedung selar sepanjang 5.7 meter di sebuah kediaman di Air Putih, Kuantan, kira-kira dua tahun lalu.

“Sebenarnya tidak ada petua atau pantang-larang saya amalkan sepanjang terbabit dalam aktiviti menangkap atau menjinakka­n ular, cuma yang paling penting ialah mengawal emosi dan mengetahui jarak selamat atau kedudukan kita apabila berdepan dengan ular berbisa ini bagi mengelak dia (ular) berasa terancam,” kata anak kedua daripada lima beradik itu.

 ??  ?? Shafiq bersama ular yang ditangkapn­ya.
Shafiq bersama ular yang ditangkapn­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia