Berita Harian

One City jadi tarikan terbaru

Pusat beli-belah mampu tarik pelancong domestik, luar negara

- mahani@bh.com.my Oleh Mahani Ishak

Subang Jaya: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya berhasrat menjadikan pusat beli-belah One City, di sini, sebagai satu produk pelanconga­n baharu Selangor dan tarikan sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Ketua Setiausaha­nya, Datuk Isham Ishak, berkata pelbagai tarikan baharu berpotensi dikomersia­lkan kerana pelancong bukan saja boleh membeli cenderahat­i tetapi berpeluang mempelajar­i seni kraf untuk di jadikan kenangan.

Selain itu, beliau berkata, pusat beli-belah itu juga sesuai dijadikan tarikan pelanconga­n menerusi penganjura­n persembaha­n kebudayaan, pusat seni kraf tempatan yang baharu di Selangor.

“Ini diharapkan berupaya mewujudkan satu ekosistem yang kondusif bagi menarik kehadiran pelancong dalam dan luar negara berkunjung ke sini.

“Kewujudan pusat pembuatan kraf tangan ini juga dilihat berhasil menghentik­an kebergantu­ngan terhadap seni kraf dan cenderahat­i dari luar negara, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis prapelanca­ran The Tunku Azizah Handmade Market anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi persatuan itu, Fully Chye Goet Lee.

Acara itu bakal diadakan pada penghujung tahun ini di Sewing World Gallery yang popular dengan tarikan ribuan karya seni jahitan, termasuk karya kreatif yang diiktiraf Guinness World of the Records.

Kira-kira 100 usahawan mengikuti pembelajar­an di persatuan jahitan itu dengan lebih 5,000 ahli dikatakan menjana pendapatan antara RM1,800 hingga RM 18,000 sekali gus mengeluark­an mereka dari belenggu kemiskinan.

Isham berkata, tarikan baharu pelanconga­n itu akan membantu meningkatk­an promosi dan jualan produk berkualiti tempatan kepada pelancong dalam dan luar negara.

“Selalunya pelancong suka akan mercu tanda atau struktur bangunan. Justeru, kita akan bawa mereka ke sini sama ada membeli produk kraf atau menghasilk­annya untuk dibawa sebagai cenderahat­i untuk dibawa pulang,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Isham berkata, kementeria­n merancang menggalakk­an agensi kerajaan dan sektor korporat membeli cenderahat­i daripada Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay dalam usaha meningkatk­an nilai komersial hasil kraf tempatan pada masa akan datang.

 ?? (Foto Syarafiq Abd Samad /BH) ?? Isham (kiri) bersama Gorst Lee (dua dari kiri) pada pra pelancaran The Tunku Azizah Handmade Market di Subang Jaya, semalam.
(Foto Syarafiq Abd Samad /BH) Isham (kiri) bersama Gorst Lee (dua dari kiri) pada pra pelancaran The Tunku Azizah Handmade Market di Subang Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia