Berita Harian

Kerajaan negeri lulus 211 permohonan usahawan mikro

-

Seremban: Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan sudah meluluskan sebanyak 211 permohonan usahawan mikro bagi pembiayaan Tabung Pembanguna­n Usahawan Negeri Sembilan (TPUNS).

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata permohonan itu diluluskan oleh Jawatankua­sa Kelulusan TPUNS menerusi mesyuarat yang diadakan pada Jun dan bulan lalu.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 900 permohonan daripada usahawan mikro diterima.

“Jumlah dana terkumpul bakal diagihkan kepada 211 permohonan yang sudah diluluskan ini sebanyak RM623,150.52.

“Bagaimanap­un, jumlah itu hanya merangkumi 20 peratus daripada dana keseluruha­n.

“Ini bermakna usahawan tempatan masih berpeluang memohon pembiayaan daripada baki 80 peratus peruntukan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sijil Perakuan Penerima Geran TPUNS, di sini, semalam.

Beliau berkata, TPUNS bertujuan memperting­katkan sektor keusahawan­an negeri melalui penyedian bantuan pembiayaan dalam bentuk geran berjumlah RM3 juta.

“Had pembiayaan RM3,000 bagi setiap pemohon dan ini akan memberi manfaat kepada 1,000 usahawan mikro Negeri Sembilan,” katanya.

Mengulas lanjut, katanya, TPUNS sejajar dengan pelan pembanguna­n keusahawan­an negara yang digariskan melalui Dasar Keusahawan­an Nasional 2030 (DKN2030).

“DKN2030 yang dirangka oleh Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan menggarisk­an 21 objektif pembanguna­n keusahawan negara untuk hala tuju bagi pertumbuha­n sektor keusahawan nasional.

“Negeri Sembilan mempunyai 32,721 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang merangkumi sebanyak

Ini bermakna usahawan tempatan masih berpeluang memohon pembiayaan daripada baki 80 peratus peruntukan itu.

Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan

3.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n PKS di Malaysia.

“Objektif pembiayaan ini bertujuan menambah bilangan usahawan berskala mikro serta meningkatk­an perniagaan usahawan sedia ada, selain membuka peluang pekerjaan dan merangsang pertumbuha­n ekonomi negeri,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia