Berita Harian

Pemilik rugi kebun getah diceroboh

Pengusaha didakwa kaut untung tebang pokok tanpa patuhi syarat RISDA

- Azzman@bh.com.my

Oleh Azzman Abdul Jamal Rembau: Ramai pemilik kebun getah Kampung Legong Ulu, di sini, kerugian selepas kebun mereka diceroboh pengusaha yang menebang pokok di kawasan berhampira­n.

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Legong Ulu, Saharudin Ahmad, berkata pengusaha terbabit dikesan melakukan penebangan tanpa mematuhi syarat ditetapkan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

Katanya, ini membuka peluang kepada pengusaha menceroboh ke kawasan kebun berhampira­n untuk mengaut untung.

Malah, katanya, pengusaha dikatakan sudah mengaut puluhan ribu ringgit, hasil jualan pokok getah yang ditebang dari lebih 12 hektar kebun getah di kawasan berkenaan, sejak beberapa tahun lalu.

“Lebih menyedihka­n, keuntungan tidak dikongsi bersama waris atau pemilik kebun. Disebabkan mereka tidak mematuhi syarat penebangan oleh RISDA, tiada peruntukan penanaman semula disalurkan.

“Keadaan ini menyebabka­n kebanyakan kawasan kebun di situ terbiar dan dipenuhi semak,” katanya kepada BH.

Saharudin berkata, modus operandi pengusaha adalah menyasarka­n kawasan kebun yang pemiliknya sudah berusia atau warisnya menetap jauh.

Katanya, mereka kemudian menawarkan diri melakukan penebangan dan menyatakan akan membuat permohonan RISDA supaya pemilik layak menerima peruntukan bagi proses penanaman semula atau pembersiha­n.

“Selepas mendapat kebenaran pemilik (secara lisan), mereka melakukan penebangan di kawasan kebun yang dilihat tidak terurus untuk mengaut keuntungan sebanyak mungkin,” katanya.

Beliau berkata, pengusaha juga dipercayai mengaut semua keuntungan itu apabila tidak berkongsi sebarang hasil daripada jualan pokok getah berkenaan dengan pemilik kebun.

“Ini bukan perkara baharu, dari dahulu lagi perjanjian sebegini sudah dilakukan. Cuma dahulu pengusaha akan beri sedikit hasil keuntungan kepada pemilik.

“Tetapi ini menjadi isu apabila pengusaha tiba-tiba mendiamkan diri selepas lakukan penebangan. Disebabkan persetujua­n hanya dibuat secara lisan dan tiada hitam putih untuk membuktika­n perjanjian antara dua pihak terbabit, kerugian terpaksa ditanggung pemilik.

“Saya sudah berjumpa dengan pihak RISDA beberapa kali sebelum ini mengenai isu ini, tetapi pemeriksaa­n mendapati tiada permohonan untuk penebangan di kawasan terbabit. Tiada apa yang boleh dilakukan agensi itu,” katanya.

Saharudin berkata, ramai pemilik kebun khususnya yang sudah berusia ‘mati akal’ dan terpaksa

Saharudin (kiri) melihat dokumen yang ditunjukka­n Mohamad Shahrudin,

membiarkan keadaan kebun mereka kerana tidak ada peruntukan untuk menguruska­n kebun mereka.

“Sekarang kebun mereka dibiarkan begitu sahaja. Ada pemilik yang membangunk­an semula kebun getah tetapi terpaksa berbelanja sehingga RM5,000,” katanya.

 ?? (FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH) ?? Rembau. ketika meninjau kebun keluargany­a di Kampung Legong Ulu,
(FOTO IQMAL HAQIM ROSMAN/BH) Rembau. ketika meninjau kebun keluargany­a di Kampung Legong Ulu,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia