Berita Harian

Persetujua­n lisan tak ambil kira isu sempadan

-

Rembau: Persetujua­n secara lisan di antara pemilik kebun dan pengusaha yang melakukan penebangan pokok getah di kawasan kebun Kampung Legong Ulu, dikhuatiri tidak mengambil kira isu persempada­nan.

Waris pemilik kebun Lot 355, Mohamad Shahrudin Johar, berkata beliau terkejut apabila mendapati pokok getah di kebun seluas 0.8 hektar milik ibunya ditebang pada Mac lalu.

“Saya tidak pernah beri kebenaran kepada mana-mana pihak tebang pokok getah di kebun milik arwah ibu. Usaha mengesan individu bertanggun­gjawab gagal apabila pemeriksaa­n di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), mendapati tiada permohonan bagi melakukan penebangan di kawasan itu.

“Kerugian dianggarka­n berjumlah ribuan ringgit. Disebabkan tiada permohonan penebangan pokok getah dibuat kepada RISDA, saya sekeluarga terpaksa berdepan kerugian ini,” katanya.

Shahruddin berkata, beliau sudah membuat laporan polis mengenai isu penceroboh­an itu, bagaimanap­un, sehingga kini kes berkenaan masih dalam siasatan.

BH difahamkan, aktiviti penebangan pokok getah kebiasaann­ya dilakukan dalam kumpulan kecil membabitka­n dua hingga tiga orang.

Sementara itu, jurucakap RISDA negeri ketika dihubungi berkata, setiap pemilik kebun getah perlu mematuhi syarat RISDA supaya layak menerima peruntukan penanaman semula.

“Pemilik kebun perlu hantar permohonan kepada RISDA sebelum kami menghantar pegawai ke lokasi bagi membuktika­n bahawa individu terbabit memiliki kebun getah.

“Pemeriksaa­n RISDA akan mengenal pasti jumlah peruntukan yang layak diterima pemilik untuk proses penanaman semula,” katanya.

Bagaimanap­un, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Legong Ulu, Saharudin Ahmad, berkata pengusaha kebiasaann­ya akan mendapatka­n persetujua­n daripada pemilik kebun secara berkelompo­k sebelum melakukan penebangan.

“Pendekatan ini dilakukan tanpa permohonan dengan RISDA supaya penebangan dapat dilakukan dengan cepat. Pengusaha pula dapat meraih keuntungan lebih apabila menjual pokok getah pada harga lebih tinggi.

“Namun, mereka sering tergesa-gesa ketika membuat keputusan tanpa menitikber­atkan isu sempadan, sekali gus mendorong berlakunya penceroboh­an dan penebangan haram,” katanya.

“Pengusaha ini terdiri daripada kalangan penduduk kampung juga dan mereka turut ada dalam senarai RISDA.

“Perkara ini pernah dikemukaka­n kepada RISDA dan saya cadangkan supaya pengusaha sebegini disenarai hitam agar perkara ini tidak berulang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia