Berita Harian

Fahami kaedah, adab berkorban

-

Ibadat korban atau udhhiyyah sangat dituntut dalam Islam kerana bertujuan mendekatka­n diri kepada Allah SWT. Bagi Mukmin, penyembeli­han korban lebih baik daripada bersedekah wang berdasarka­n nilai haiwan berkenaan.

Selain keampunan dosa, ibadat korban membuka peluang untuk meningkatk­an sikap prihatin terhadap kebajikan sesama insan terutama fakir miskin. Agihan daging korban juga tidak dikhususka­n kepada golongan itu, sebaliknya harus dihadiahka­n kepada orang kaya dengan tujuan mengukuhka­n silaturahi­m atau ukhuwah.

Firman Allah SWT: “Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanl­ah kamu.” (Al-kausar: 2)

Ulama berselisih pendapat dalam kewajipan penyembeli­han haiwan korban dengan ada ulama mewajibkan­nya selepas berkemampu­an, manakala Imam al-shafie berpendapa­t hukumnya sunat muakkadah, iaitu sunnah yang amat digalakkan atau dituntut.

Seekor haiwan badanah yang merujuk kepada unta dan lembu atau kambing, boleh dikongsi pahalanya untuk diri dan orang dalam tanggungan­nya, iaitu ahli keluarga dan jika seseorang berkorban seekor kambing untuk diri dan keluargany­a maka memadai juga pahala korban daripada sekalian lainnya.

Dalam perkongsia­n bahagian pula, keharusan bersekutu dalam menyembeli­h korban seekor unta dan lembu dibahagi tujuh bahagian.

Dalam menentukan haiwan sembelihan korban pula, imam mazhab berbeza pendapat kerana banyak hadis memberi isyarat kelebihan setiap haiwan yang dibolehkan. Secara umum, semua bersetuju manfaat penyembeli­han korban akan lebih bererti jika dapat dinikmati lebih ramai orang, sekali gus boleh disimpulka­n haiwan yang lebih banyak dagingnya boleh dianggap lebih afdal tanpa menentukan jenisnya.

Ibadat korban hanya sah dilakukan pada Aidiladha atau hari Tasyriq, iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada akhir hari Tasyriq berkenaan. Penyembeli­han korban yang dilakukan selepas itu, tidak lagi terhitung sebagai ibadat korban, sebaliknya hanya dikira sedekah. Waktu penyembeli­han pula hanya boleh dilakukan selepas solat Aidiladha dan tidak dihukum sebagai korban sekiranya menyembeli­h sebelum solat berkenaan.

Antara perkara yang disunatkan dalam ibadat korban adalah tidak menghilang­kan atau memotong bulu seperti rambut, janggut dan misai serta kuku selepas masuk 1 Zulhijjah hingga hari seseorang berkorban. Sekiranya berbuat juga, maka hendaklah memohon ampun kepada Allah SWT tetapi tidak perlu membayar fidyah, sama ada disebabkan sengaja atau terlupa.

Juga disunatkan untuk makan daging sembelihan, bersedekah dan menyimpan daging yang lebih. Begitu juga sunat kepada orang yang berkorban untuk menyembeli­h haiwan itu sendiri atau mewakilkan kepada orang lain jika ada halangan atau tidak berdaya melakukann­ya sendiri. Dalam keadaan mewakilkan kepada orang lain, jika berpeluang eloklah menyaksika­n haiwan korban ketika disembelih.

Sementara itu, bertujuan memperliha­tkan syiar Islam, maka disunatkan menyembeli­h di tanah lapang yang digunakan untuk solat.

Adab dalam penyembeli­han haiwan korban hendaklah disembelih dengan pisau tajam. Ia dimulakan dengan kalimah‘bismillahi wallahu Akbar.

Dalam pelaksanaa­n ibadat korban, sering terjadi dalam masyarakat apabila daging korban diberikan sebagai upah kepada tukang sembelih atau tukang lapah. Sebenarnya, pemberian daging terbabit adalah dilarang dan hukumnya haram.

Lebih parah lagi, sesetengah tukang lapah atau sembelih terlebih dahulu memilih daging bahagian tertentu dan mengasingk­annya dengan alasan tiada yang inginkan bahagian itu seperti perut, organ dalaman, kaki dan kepala. Sebenarnya, seurat bulu binatang korban sekalipun tidak boleh diambil kerana perbuatan itu ditegah.

Ia dikira mengambil hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Hal ini dinyatakan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali RA agar tidak memberi apa pun dari daging korban sebagai upah kepada tukang sembelih.

Oleh itu, pihak pengurusan yang diamanahka­n perlu menetapkan kadar upah berasingan daripada harga bahagian daging korban dan diberikan dalam bentuk wang. Ini tidak bermakna daging korban tidak boleh diberikan kepada tukang sembelih atau lapah langsung, sebaliknya ia masih boleh diberikan atas kapasiti penerima daging korban yang sama jumlahnya dengan kariah lain.

Kesimpulan­nya, amalan atau ibadat korban perlu mengikut manhaj nyata, jelas dan mudah sesuai dengan tuntutan agama dan ia dikerjakan semata-mata ikhlas kerana Allah SWT dan mengikuti kaedah dan adab yang ditentukan agar mendapat keredaan serta diterima-nya.

Antara perkara yang disunatkan dalam ibadat korban adalah tidak menghilang­kan atau memotong bulu seperti rambut, janggut dan misai serta kuku selepas masuk 1 Zulhijjah hingga hari seseorang berkorban.

 ?? [Foto hiasan] ?? Ibadah korban perlu dilakukan dengan sempurna sejajar tuntutan syarak supaya mendapat keberkatan.
[Foto hiasan] Ibadah korban perlu dilakukan dengan sempurna sejajar tuntutan syarak supaya mendapat keberkatan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia