Berita Harian

Teladani Lubabah, ahli sufi wanita Baitulmaqd­is

-

Baitulmaqd­is mungkin sinonim dengan perjuangan umat Islam Palestin membebaska­n kota suci itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel.

Bagaimanap­un perjuangan jihad suci itu tidak akan sempurna dan mencapai syarat kemenangan yang dikehendak­i Allah SWT sekiranya ia tiada usaha menundukka­n nafsu seperti yang diisyaratk­an dalam agama.

Kitab al-fawa’id al-muntakhah himpunan Imam Abu Hafs Umar Jaafar al-basri membawa hadis yang diriwayatk­an Jabir RA: “Suatu kaum mendatangi Rasulullah SAW, maka Baginda bersabda: “Kamu semua datang daripada tempat sebaik-baiknya. Kamu datang daripada jihad kecil menuju jihad lebih besar.” Baginda ditanya: “Apakah jihad lebih besar itu?” Baginda menjawab: “Seseorang hamba bermujahad­ah melawan hawa nafsunya.”

Justeru, dalam membaca kisah perjuangan umat Islam khususnya Palestin membebaska­n Baitulmaqd­is, kita juga perlu mengambil pengajaran daripada sejarah ahli sufi yang lahir di kota suci ketiga terbabit.

Ahli sufi wanita, Lubabah al-muta’abidah antara ahli ibadat terkenal yang lahir dari rahim Baitulmaqd­is, sekali gus meninggalk­an pesanan berguna kepada umat Islam.

Lubabah seperti diriwayatk­an dalam kitab Zikru an-niswah al-muta'abbidat as-sufiyat (Biografi Ahli Ibadat dan Sufi Wanita) karangan Abu Abdul Rahman

Lubabah meminta lelaki itu meminta dua perkara daripada Allah SWT, iaitu supaya Tuhan reda kepadanya hingga menempatka­nnya pada kedudukan golongan yang diredai dan menjadikan­nya masyhur dalam kalangan kekasih-nya atau auliya.

as-sulami, berkata beliau malu kepada Allah SWT Yang Maha Melihat dirinya sibuk dengan urusan selain-nya.

“Aku melakukan ibadatku dengan sungguh-sungguh hingga aku berasa tenteram dengannya.

“Sekiranya aku berasa penat dengan pertemuan sesama makhluk, maka muncul perasaan damai mengingati-nya.

“Apabila aku terdorong untuk berbicara dengan makhluk, timbul dorongan untuk beribadat kepada Allah SWT dan melaksanak­an khidmat kepada-nya,” ujarnya.

As-sulami turut mengungkap­kan kisah Lubabah yang pernah ditanya oleh seseorang yang mahu mengerjaka­n haji mengenai doa yang patut diungkapka­n apabila masuk musim haji.

Lubabah meminta lelaki itu meminta dua perkara daripada Allah SWT, iaitu supaya Tuhan reda kepadanya hingga menempatka­nnya pada kedudukan golongan yang diredai dan menjadikan­nya masyhur dalam kalangan kekasih-nya atau auliya.

Bertepatan dengan musim haji ini, selain memanjatka­n doa kebaikan kepada diri, ibu bapa dan keluarga serta memberikan kejayaan kepada umat Islam khususnya yang dicuba dengan ujian besar, kita boleh memohon doa seperti disarankan Lubabah.

Apatah lagi, kemenangan ummah menentang musuh Islam termasuk Zionis Israel perlu terlebih dahulu dimulakan dengan persiapan hakiki umat Islam mencapai keredaan Allah SWT.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia