Berita Harian

Taska di tempat kerja bantu ibu lebih fokus

- Wanita berkerjaya Kajang, Selangor

Kematian dua bayi dalam jagaan pengasuh masing-masing yang dilaporkan di Shah Alam dan Sungai Petani minggu lalu, benar-benar meruntun hati kita, terutama wanita berkerjaya.

Tuntutan hidup di bandar besar dengan kos sara hidup semakin tinggi, memaksa ramai wanita sudah berkahwin dan memiliki anak turut bekerja demi membantu suami, terutama keluarga berpendapa­tan sederhana.

Pada masa ini dianggar lebih 700,000 wanita bekerja dalam pelbagai sektor di negara ini dan boleh dikatakan majoriti mereka memiliki pendapatan sederhana dengan gaji bersih antara RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.

Mahu tidak mahu anak terpaksa ditinggalk­an sama ada di rumah pengasuh, Taska atau bersama pembantu rumah.

Memang itu dilema dialami semua ibu bekerja, iaitu mendapatka­n tempat atau orang untuk menjaga anak mereka.

Jika diberi pilihan saya percaya semua ibu mahu menjaga anak sendiri tanpa diserahkan ke tangan orang lain walaupun untuk sekejap.

Namun, apa pilihan yang kita ada? Berapa banyak pula pihak majikan benar-benar faham akan dilema dialami kebanyakan wanita bekerjaya ini?

Bukan tidak ada insentif diberikan majikan, malah pihak kerajaan sekali pun. Tetapi hakikatnya masih ramai wanita atau ibu bekerjaya berhadapan masalah yang sama, iaitu penjagaan anak.

Isu ini terlalu sering diperkatak­an, malah akan bertambah panas setiap kali berlakunya insiden membabitka­n bayi atau kanak-kanak ketika dalam jagaan pengasuh, Taska mahu pun pembantu rumah.

Bayangkan anak ditinggalk­an seharian di bawah pengawasan orang lain, pastinya kadang kala membuatkan hati si ibu tidak keruan untuk melakukan kerja di pejabat.

Namun, berapa banyak majikan menyahut seruan kerajaan menyediaka­n Taska di pejabat masing-masing bertujuan memudahkan ibu bekerja menghantar anak sepanjang waktu pejabat.

Jika semua majikan menunaikan tanggungja­wab sosial mereka dengan menyediaka­n Taska di tempat kerja kesannya bukan saja membuatkan hati pekerja wanita tenang di pejabat, tetapi secara tidak langsung meningkatk­an produktivi­ti kerja mereka se perti mana yang diharapkan majikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia