Berita Harian

Misi Brexit PM baharu Britain tergugat

-

Llanewedd: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berdepan satu tamparan hebat sejak mentadbir negara apabila parti pro Kesatuan Eropah (EU), Liberal Demokrat merampas kerusi Parlimen di Brecon dan Radnorshir­e daripada pimpinan Konservati­f, semalam.

Ia sekali gus mengurangk­an majoriti partinya di Parlimen kepada hanya satu kerusi, menjelang pertemuan dengan penggubal undang-undang pada musim luruh nanti.

Pertemuan itu merealisas­ikan pelan Brexit pada 31 Oktober ini tanpa sebarang perjanjian.

Setakat ini, kerajaan Johnson amat bergantung kepada sokongan sebuah parti politik kecil di Ireland Utara untuk mendapatka­n kelebihan majoriti.

Namun, ia tidak termasuk segelintir ‘pemberonta­k’ dalam kalangan parti Konservati­f sendiri yang boleh mengakibat­kan parti itu hilang undi utama.

“Majoriti yang dimiliki Johnson semakin mengecil menjelaska­n bahawa beliau tidak mempunyai mandat untuk menyingkir­kan kami dari EU.

“Saya akan melakukan apa sahaja untuk menghentik­an Brexit dan menawarkan alternatif serta visi yang lebih positif.

“Kami kini mempunyai seorang lagi Ahli Parlimen (MP) yang bakal menentang Brexit di Parlimen,” kata pemimpin Liberal Demokrat, Jo Swinson yang kini mempunyai 13 kerusi di Parlimen, dalam satu kenyataan.

Pilihan raya di Brecon tercetus apabila ahli Parlimen Konservati­f, Chris Davies disingkirk­an susulan petisyen kawasan pilihan raya kawasannya, yang mensabitka­n beliau atas kesalahan memalsukan perbelanja­an.

Calon parti Liberal Demokrat, Jane Dodds menang selepas meraih 13,826 undi.

Davies - yang memenangi kerusi itu dari pada 1997 sehingga 2015, mendapat tempat kedua, 12,401 undi, manakala Parti Brexit di tempat ketiga, 3,331 undi.

Pembangkan­g utama, Parti Buruh menduduki tempat keempat dengan 1,680 undi.

REUTERS

Calon Liberal Demokrat,

 ?? (Foto AGENSI) ?? Jane Dodds (tengah) menyambut kejayaan bersama Ahli Parlimen dari partinya, Ed Davey (kiri) dan pasukan selepas memenangi kerusi parlimen Brecon and Radnorshir­e di Wales, semalam.
(Foto AGENSI) Jane Dodds (tengah) menyambut kejayaan bersama Ahli Parlimen dari partinya, Ed Davey (kiri) dan pasukan selepas memenangi kerusi parlimen Brecon and Radnorshir­e di Wales, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia