Berita Harian

Prayuth kecam serangan

PM arah siasatan, minta pihak berkuasa segera lindungi keselamata­n orang awam

-

Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-chan, semalam mengecam dalang di sebalik enam letupan bom di sekurang-kurangnya tiga lokasi di sini, ketika negara itu menjadi tuan rumah kepada Persidanga­n Menteri Luar ASEAN yang turut disertai negara kuasa dunia.

Setakat ini, belum ada pihak mengaku bertanggun­gjawab ke atas insiden letupan yang mencederak­an sekurang-kurangnya empat orang.

“Saya mengutuk dalang di sebalik pengeboman pagi ini, sekali gus meragut keamanan dan mencalar imej negara.

“Saya sudah mengarahka­n pihak berkuasa untuk segera melindungi keselamata­n orang awam dan mereka yang terjejas,” kata Prayuth.

Terdahulu, Kerajaan Thailand mengesahka­n beberapa insiden letupan kecil berlaku di Bangkok.

Pada masa sama, pihak berkuasa turut menyeru orang ramai supaya tidak panik kerana polis sudah mengetatka­n lagi kawalan keselamata­n.

“Prayuth sudah dimaklumka­n mengenai insiden pengeboman itu dan mengarahka­n siasatan segera dijalankan,” kata jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwa­t.

Dalam pada itu, seorang pegawai kanan polis, Kolonel Kamtorn Uicharoen, berkata enam letupan bom di tiga lokasi berbeza dilaporkan di sini, semalam manakala satu peranti letupan berjaya ditemui sebelum ia meletup.

Kamtorn memberitah­u Reuters, tiga bom meletup di kawasan kompleks kerajaan di Chaeng Wattana, namun baki satu lagi bom, gagal meletup.

Katanya, dua lagi bom meletup di kawasan Chong Nonsi.

“Bom yang meletup di dua kawasan ini, adalah peranti letupan yang diubah suai yang dicetuskan oleh pengukur waktu.

“Satu lagi bom meletup di kawasan Suan Luang,” katanya.

 ?? (Foto AFP) ?? Anggota unit pemusnah bom Thailand berkumpul di kawasan letupan di Bangkok, semalam.
(Foto AFP) Anggota unit pemusnah bom Thailand berkumpul di kawasan letupan di Bangkok, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia