Berita Harian

Katy Perry diarah bayar ganti rugi RM11.2 juta

-

Losangeles: Sebuah mahkamah di sini, mengarahka­n penyanyi Katy Perry membayar ganti rugi pelanggara­n hak cipta bernilai AS$2.7 juta (RM11.2 juta) kepada seorang penyanyi rap.

Keputusan itu dibuat mahkamah mendapati lagu hit nyanyian Perry berjudul Dark Horse mengandung­i rentak yang sama dengan salah satu muzik gubahan penyanyi rap itu.

Los Angeles City News Service melaporkan keputusan itu, susulan perbicaraa­n hak cipta membabitka­n komposer dan penyanyi Marcus Gray atau Flame yang mendakwa rentak lagu miliknya, Joyful Noise diciplak serta digunakan dalam single Perry.

Minggu lalu, juri mendapati bahawa rentak dalam keduadua lagu itu adalah sama.

Perry ketika hadir sebagai saksi minggu lalu berkata, lagu itu adalah gubahan asal dan beliau tidak pernah mendengar lagu rap terbabit.

Beliau berkata, hasil usaha samanya berjaya menghasilk­an beberapa contoh petikan instrument­al yang pendek, hingga memberi ilham kepada gubahan lagu Dark Horse.

Dark Horse membawa pulangan AS$31 juta (RM128.7 juta) kepada syarikat rakaman Capitol Records, salah satu unit dalam Universal Music Group dan Perry meraih kira-kira AS$3.2 juta (RM13.3 juta).

Flame, 37, dari St Louis Missouri menerbitka­n album pertama pada 2004 dan pernah mengunggul­i carta Billboard gospel atau ketuhanan serta carta lagu Kristian, namun tidak begitu dikenali di luar genre itu.

Perry, 34, pula mula melakar nama di pentas dunia pada 2008 menerusi single I Kissed a Girl.

Beliau juga pernah menjadi hakim untuk sebuah program realiti TV, American Idol selama tiga musim. REUTERS

 ??  ?? Katy Perry
Katy Perry

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia