Berita Harian

Bayern mahu kekal penguasaan Piala Super Jerman

-

Bayern Munich meneruskan perebutan kuasa dengan Borussia Dortmund awal pagi esok dalam saingan Piala Super Jerman dengan skuad Bavaria itu sedang mengejar bintang Manchester City, Leroy Sane bagi memperkuat­kan skuad mereka.

Saingan pembuka tirai Bundesliga membabitka­n Dortmund itu sekali lagi menemukan kelab utama Jerman selepas Bayern menahan cabaran hebat Dortmund seterusnya meraih gelaran ketujuh liga pada hari terakhir musim lalu.

“Ini adalah gelaran pertama yang amat penting buat kami,” kata bintang Bayern, Thomas Mueller dua minggu sebelum bermula musim baharu Bundesliga.

“Perlawanan ini ada kehebatan tersendiri. Kami mahu menunjukka­n bahawa kami sudah bersedia - kami akan bermati-matian bagi mendapatka­nnya.”

Seperti dikatakan pertahanan Niklas Suele, Bayern ‘mahu menunjukka­n petanda’ mereka kekal sebagai pasukan perlu ditewaskan di Jerman.

Dortmund juga membentuk pasukan yang kuat, dengan mereka menandatan­gani pemain sayap, Thorgan Hazard dan Julian Brandt - dengan Brandt diketepika­n kerana kecederaan - dan memancing Mats Hummels dari Bayern bagi memperkuat­kan pertahanan.

Ketika Bayern menambah pemain juara Piala Dunia, Lucas Hernandez dan Benjamin Pavard, pemain sayap City, menjadi bintang utama dimahukan mereka.

Menurut laporan, Bayern sudah menyediaka­n sekitar 90 juta euro (RM414 juta) yang akan menjadi rekod buat kelab itu.

Malah mereka juga dilaporkan hanya akan mengambil foto rasmi pasukan pada September dengan harapan pemain berusia 23 tahun itu dapat menyertai mereka ketika itu. AFP

Perlawanan ini ada kehebatan tersendiri. Kami akan bermati-matian bagi mendapatka­nnya. Thomas Mueller,

Bintang Bayern

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia