Berita Harian

City, Liverpool kekal jadi pilihan juarai EPL

-

Liga Perdana Inggeris

membabitka­n juara liga dan Piala FA. Oleh kerana kedua-dua kejuaraan dimenangi skuad The Citizens diterajui Pep Guardiola, maka pasukan bimbingan Jurgen Klopp selaku naib juara liga, dipilih sebagai pengganti.

Musim lalu, City memenangi saingan ini selepas menewaskan Chelsea yang juga juara Piala FA, 2-0. Sebenarnya, piala ini tidaklah berprestij sangat berbanding liga atau Piala FA, namun ia dilihat jadi pembakar semangat pemenangny­a sebelum memulakan saingan seminggu selepas itu.

Seperti diketahui, musim lalu ia milik sepenuhnya pasukan City. Empat piala domestik yang dipertandi­ngkan iaitu liga, Piala FA, Piala Liga dan Perisai Komuniti disapu bersih oleh kelab yang berpangkal­an di Manchester itu. Adakah Guardiola dan pasukannya mampu mengulangi pencapaian itu musim ini? Atau akan muncul pasukan lain yang mampu menyekat penguasaan mereka? Persoalan itu adalah antara yang ingin kita lihat bagi saingan musim ini.

Melihat senario semasa, nampaknya `Big 6’ atau enam pasukan gergasi EPL dijangka terus menguasai saingam musim ini. Seperti musim terdahulu, City, Liverpool, Chelsea, Tottenham Hotspur, Arsenal dan Manchester United tetap jadi pilihan untuk menjadi calon juara bagi musim ini. Dengan persiapan rapi menerusi aksi pra musim di luar negara dan perbelanja­an besar bagi mendapatka­n pemain terbaik, mereka jelas memiliki kelebihan berbanding 14 lagi pesaing lain.

Pun begitu, City dan Liverpool yang bakal berentap aksi Perisai Komuniti malam esok sudah pasti menjadi pilihan utama ketika ini untuk merangkul kejuaraan EPL bagi 2019/2020.

City hadir di Wembley dengan persediaan pramusim di Asia Timur menerusi empat perlawanan. Mereka menang 4-1 ke atas West Ham, Kitchee dari Hong Kong (61), Yokohama F Marinos (3-1) serta terikat 0-0 dengan Wolves pada aksi Piala EPL Asia.

Dari segi pembelian pemain, juara EPL ini tidak aktif pada musim ini, apabila hanya mendapatka­n tiga pemain iaitu bekas perancang Atletico Madrid, Rodri selain Angelino (pertahanan) dari PSV dan Zack Steffan (Columbus Crew). Musim ini, City mengekalka­n hampir semua pemain utama kecuali kapten pasukan, Vincent Kompany yang ke Anderlecht selepas tamat kontrak.

Liverpool pula tampil dengan keputusan bercampur ketika sesi pramusim. Mereka berdepan tujuh perlawanan dengan tiga kali menang dan sekali seri. Mereka menang 0-6 ke atas pasukan kerdil, Tranmere, Bradford (3-1) dan Lyon (3-1) manakala seri 2-2 menentang Sporting. Tiga kekalahan yang dicatatkan pula ketika menentang kelab ternama seperti Borussia Dortmund (2-3), Sevilla (1-2) dan Napoli (0-3).

Seperti juga City, Klopp juga tidak aktif mendapatka­n pemain baru dan sebaliknya memilih mengekalka­n barisan sama musim lalu. Setakat hujung bulan lalu, The Reds hanya mengikat dua pemain iaitu Sepp van den Berg dari kelab PEC Zwolle dan pertahanan Belanda serta Harvey Elliot dari Fulham, membabitka­n perbelanja­an kecil. Ada juga spekulasi mengaitkan Klopp memburu penyerang Bordeaux, Francois Kamano bagi menggantik­an Daniel Sturridge yang tamat kontrak.

Kelab lain seperti Chelsea, Tottenham, Arsenal dan United sebaliknya kelihatan agak sibuk dengan pembelian pemain dalam tempoh beberapa hari lalu tatkala aksi pramusim turut membantu mereka membuat persiapan. Adakah keputusan mereka itu berbaloi? Kita saksikan semua itu apabila saingan membuka tirainya secara rasmi pada hujung minggu depan dengan Liverpool menyambut kunjungan Norwich di Anfield, jam 3 pagi waktu Malaysia.

Selamat menonton.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia