Berita Harian

Piala Emas medan terakhir pilih pemain

-

Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari edisi ke-55 menjadi medan terakhir buat barisan kejurulati­han negara memilih 12 pemain yang bakal menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Filipina, November ini.

Sebanyak 30 pasukan bakal berentap pada kejohanan tertua dan berprestij yang akan berlangsun­g di Stadium Negeri Terengganu mulai 1 hingga 4 Ogos ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Seri Ahmad Ismail berkata pihaknya akan dapat menilai kekuatan dan kelemahan yang ada pada pemain sebelum dipilih ke temasya dwitahunan berkenaan.

“Selain bertujuan mencungkil bakat baharu dan mengekalka­n permainan tradisi yang paling berprestij serta tertua bukan saja di negara tetapi di seantero dunia, kejohanan ini juga menjadi medan terbaik buat kami menilai prestasi pemain.

“Pemain yang berada dalam radar kami semuanya turun beraksi di kejohanan ini. Jadi kami turut memanggil barisan jurulatih untuk menilai prestasi pemain berkaitan kelemahan dan kekuatan mereka sebagai persiapan sebelum ke Sukan SEA nanti.

“Setakat ini kita sudah ada bayangan 24 nama sebagai persiapan ke Sukan SEA, tapi ia belum muktamad lagi kerana masih dalam penilaian. Kita ada masa sehingga 2 September iaitu kira-kira sebulan lagi untuk senarai pendek dan keputusan terakhir.

“Selepas itu kita akan umumkan 12 pemain terakhir yang bakal menyarung jersi negara. Oleh sebab itu kami tegaskan kejohanan ini menjadi arena dan platform penting kepada kami dan pemain sebagai persiapan ke sukan terbesar Asia Tenggara itu kerana sasaran kita adalah pingat emas,“katanya selepas majlis makan malam sempena Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari kali ke-55, di sini.

Majlis dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan turut dihadiri oleh Timbalan Presiden PSM, Datuk Akramuddin Abdul Aziz; Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan Presiden Sepak Takraw Terengganu, Mohd Abas Mamat.

Sementara itu Wan Sukairi menyatakan pemilihan Terengganu sebagai tuan rumah adalah satu penghargaa­n kepada kerajaan dan rakyat negeri.

 ??  ?? Wan Sukairi
Wan Sukairi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia