Berita Harian

Taja KAFA, dapat pelepasan cukai 7 peratus

-

Kuala Lumpur: Pelepasan cukai maksimum tujuh peratus bakal dinikmati oleh mana-mana syarikat yang tampil menyalurka­n tajaan kepada Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA).

Keputusan itu diperoleh hasil kata putus daripada pertemuan antara Jawatankua­sa Penajaan KAFA dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kelantan barubaru ini sekali gus perkembang­an itu pasti berita baik dalam usaha pucuk pimpinan baharu melakukan transforma­si badan induk itu.

Pengerusi Jawatankua­sa Penajaan KAFA, Ahmad Muzakkir Hamid berkata, pihaknya akan membantu urusan syarikat berkenaan mendapatka­n pelepasan cukai.

“Bagi syarikat yang ingin menaja atau beri sumbangan, pendapatan berkapita syarikat yang layak boleh tolak cukai hanya tujuh peratus. Selebihnya LHDN tidak akan tolak sekiranya penaja memberi lebih daripada tujuh peratus.

“Contohnya, pendapatan berkapita syarikat RM1 juta, duit penajaan yang layak ditolak oleh LHDN adalah RM70,000 sahaja. Kalau mereka beri lebih daripada jumlah berkenaan, itu hak penaja tapi jumlahnya masih lagi bercukai,” katanya.

Bagaimanap­un, Ahmad Muzakir berkata jumlah itu berbeza dengan cukai individu dan berharap perkembang­an itu dapat menarik minat penaja untuk bersama-sama KAFA membina semula bola sepak Kelantan.

“Berbeza dengan cukai individu, jika individu berpendapa­tan tahunan RM200,000 dan mereka beri tajaan RM50,000, pendapatan yang boleh istihar adalah RM150, 000 sahaja.

“Semoga penjelasan ini dapat beri gambaran kepada anak Kelantan, umumnya yang ingin bersama-sama membantu Kelantan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia