Berita Harian

Lupakan kekalahan Piala FA

-

Ipoh: Kekecewaan gagal menjulang Piala FA 2019 bukan untuk ditangisi sebaliknya menjadi pembakar semangat kepada Perak untuk bangkit semula mempertaha­nkan gelaran Piala Malaysia yang dimenangi pada musim 2018.

Pengendali Perak, Mehmed Durakovic berkata, kekalahan 0-1 di tangan Kedah dalam perlawanan akhir Piala FA, 27 Julai lalu akan dijadikan pengajaran berguna kepada pemain bagi memastikan kegagalan tidak berulang.

„Memang sukar untuk pemain menerima kekalahan (Piala FA) seperti itu. Ia memang kejam tetapi kita tidak boleh melawan ketentuan takdir. Inilah bola sepak.

„Apapun, hidup perlu diteruskan dan saya berharap pemain dapat melupakan kekecewaan itu dan memberi tumpuan terhadap mempertaha­nkan mahkota Piala Malaysia,“katanya semalam.

Perak menjuarai Piala Malaysia musim lalu bagi menamatkan penantian 18 tahun selepas menumpaska­n Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti 4-1 di Stadium Shah Alam.

Bagi kempen Piala Malaysia 2019 kali ini, skuad The Bos Gaurus diundi dalam Kumpulan C bersama-sama juara Liga Perdana, Sabah selain Pahang dan Pulau Pinang.

Pasukan Perak akan melayan kunjungan Sabah pada perlawanan pertama peringkat kumpulan di Stadium Perak, esok.

Mengulas aksi bertemu Sabah, jurulatih kelahiran Australia itu mengakui skuad kendalian Jelius Ating itu bukan calang-calang pasukan kerana juara Liga Perdana.

Sehubungan itu, Mehmed mahu anak buahnya kekal fokus dan tidak bersikap terlalu yakin dalam memastikan kemenangan pertama berjaya dilakar meskipun mereka mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri.

BERNAMA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia