Berita Harian

Selangor waspada ancaman The Fighters

Sathia minta anak buah tidak silap langkah

- Syafiq.aznan@bh.com.my

Oleh Syafiq Aznan Kuala Lumpur: Dengan Piala Malaysia menjadi satu-satunya piala yang masih tinggal untuk menjadi rebutan semua 16 pasukan yang bertanding, situasi ini jelas menjanjika­n saingan yang jauh lebih sengit dan mencabar.

Kecuali Johor Darul Ta’zim (JDT) yang sudahpun memenangi gelaran Liga Super dan Kedah yang memenangi Piala FA, 12 lagi pencabar lain masih belum memenangi sebarang trofi musim ini, sekali gus menyaksika­n mereka pasti memberikan persembaha­n bermati-matian untuk memenangi Piala Malaysia.

Meskipun Piala Malaysia tidak memberi sebarang tiket ke saingan Asia seperti juara Liga Super atau Piala FA, namun saingan itu tetap memiliki sejarah yang panjang dalam kancah bola sepak negara selain memiliki prestijnya tersendiri.

Justeru, pengendali Selangor, B Sathianath­an menuntut anak buahnya berwaspada dengan ancaman FELDA United pada aksi pembukaan Kumpulan D di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kata bekas jurulatih skuad kebangsaan itu, ‘jodoh’ kuat dengan skuad The Fighters itu menunjukka­n betapa pasukannya tidak boleh memandang rendah kemampuan lawan sekalipun pasukan itu sekadar menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-10.

“Ini adalah kali keempat ketika menentang FELDA United pada musim ini dan jika dilihat berdasarka­n keputusan, ia nampak seimbang apabila kita menang satu, seri satu dan tewas satu daripada tiga perlawanan sebelum ini.

“Bagaimanap­un, kedudukan ini hanya di atas kertas kerana keputusan ditentukan menerusi aksi di atas padang. Saya tahu FELDA United memiliki pemain bagus serta pemain muda mereka turut beraksi cemerlang.

“Malah, kemenangan besar 5-1 ke atas Kedah pada aksi terakhir Liga Super juga membuktika­n betapa mereka juga adalah sebuah pasukan yang baik,” katanya.

Sebagai rekod, Selangor menghimpun gelaran terbanyak Piala Malaysia dengan 33 kejuaraan, namun edisi lalu menyaksika­n mereka tersingkir seawal peringkat kumpulan.

Kemenangan besar 5-1 ke atas Kedah pada aksi terakhir Liga Super membuktika­n betapa mereka juga adalah sebuah pasukan yang baik.

B Sathianath­an, Pengendali Selangor

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia