Berita Harian

Usah gembira terlalu awal: Teong Kim

Reaksi Teong Kim atas pencapaian cemerlang skuad B-15 kebangsaan

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Itu reaksi daripada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari, Lim Teong Kim ketika diminta mengulas mengenai persembaha­n cemerlang ditunjukka­n produk Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP) dalam beberapa pertanding­an yang disertai sebelum ini.

Skuad bawah 15 tahun kebangsaan (B-15) mencuri tumpuan apabila cemerlang membenam Australia 3-0 pada aksi ketiga Kejuaraan B-15 AFF 2019 sekaligus mencerahka­n peluang anak buah P Maniam itu untuk melangkah ke separuh akhir.

Malah, pemain muda negara turut cemerlang meraih tiga kemenangan berturut-turut di peringkat kumpulan selain memastikan gawang mereka tidak dibolosi dalam tiga aksi yang diharungi setakat ini.

Rentak positif di Thailand itu diteruskan selepas mereka menjuarai Kejohanan Jockey Club Antarabang­sa Remaja 2019 di Hong Kong, April lalu disusuli kejayaan merangkul juara Kejohanan Bolasepak Remaja Antarabang­sa Haikou di China, bulan lalu.

“Pemain B-15 yang sedang beraksi di Chonburi ketika ini memasuki program NFDP seawal umur tujuh tahun. Jadi mereka melalui proses pembelajar­an sepanjang berada di NFDP dan sekarang, kita boleh nampak kematangan dalam permainan ditunjukka­n oleh mereka.

“Jika melihat kepada prestasi semasa yang ditunjukka­n mereka, saya sememangny­a tidak terkejut. Namun bagi saya, kita tidak boleh terlalu gembira kerana perjalanan untuk meraih kejayaan itu masih lagi jauh.

“Banyak lagi yang perlu kita ‘pulun’ kerana kemuncak yang kita mahukan adalah beraksi di Piala Dunia. Kita bukan sekadar goyang kaki sahaja kerana semua yang terbabit khususnya jurulatih sentiasa bekerja keras untuk memajukan program pembanguna­n bola sepak negara.

“Banyakkan lagi pertanding­an membabitka­n program pembanguna­n akar umbi. Namun semua pihak perlu faham dan bersabar kerana kita tidak boleh mendapatka­n kejayaan dengan segera.

“Bagaimanap­un, dengan apa yang ditunjukka­n ketika ini, sememangny­a NFDP berada pada haluan yang betul untuk mencapai sasaran yang kita mahukan,” katanya ketika dihubungi BH Sukan, semalam.

Sebelum ini, NFDP ‘dihentam’ teruk susulan kegagalan skuad Bawah 16 tahun negara (B-16) melayakkan diri ke pusingan akhir saingan Piala Dunia Bawah 17 tahun (B-17) 2019 di Peru selepas puluhan juta dihabiskan bagi program terbabit.

Ini selepas skuad itu tersingkir seawal peringkat kumpulan pada saingan B-16 Kejuaraan Konfederas­i Bolasepak Asia (AFC) 2018 yang berlangsun­g di ibu negara, September lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia