Berita Harian

Hanya Zii Jia mara separuh akhir

V Shem-wee Kiong, Soniia gagal ikut jejak ke separuh akhir

- Oleh Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hanya tinggal pemain peseoranga­n, Lee Zii Jia mengibarka­n cabaran Malaysia dalam kempen badmintont­erbuka Thailand apabila mara ke separuh akhir di Bangkok semalam.

Zii Jia, 21, mengesahka­n slot dalam kelompok empat terakhir selepas bangkit menewaskan pemain ke-34 dunia dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 11-21 2114 21-13.

Dia bakal menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen yang menewaskan wakil Jepun Kenta Nishimoto, 21-12, 21-16 untuk perebutan tiket ke final hari ini.

Bagi Zii Jia kemenangan itu melegakann­ya selepas berjaya menamatkan badi tewas dalam semua enam aksi suku akhir sepanjang tahun ini.

“Ia melegakan saya kerana akhirnya berjaya melepasi peringkat suku akhir selepas enam kegagalan. Saya memberitah­u pada diri sendiri tidak kira walau apapun saya perlu menang perlawanan ini.

“Akhirnya, saya berjaya melakukann­ya. Saya gembira dengannya tetapi saya masih mempunyai aksi pada esok. Saya tidak boleh terlalu meraikanny­a, saya hanya perlu berehat,” katanya.

Kemenangan itu adalah kali ketiga buatnya ke atas Rhustavito sepanjang empat pertemuan antara mereka selain menutup kehampaann­ya selepas tersungkur seawal pusingan pertama di Terbuka Jepun, bulan lalu.

Sementara itu, beregu harapan negara Goh V Shem-tan Wee Kiong gagal meneruskan kemaraan apabila tumpas kepada gandingan pilihan dari China, Li Jun Hui-liu Yu Chen 21-16 21-19 dalam tempoh 33 minit.

Perseorang­an wanita, Soniia Cheah juga berdepan nasib sama apabila tunduk di tangan pemain nombor empat dunia dari China, Chen Yu Fei 21-15 21-8.

(empat dari kiri) dan Ahmad Ismail (tiga dari kiri) di majlis makan malam sempena Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari di Kuala Terengganu, kelmarin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia