Berita Harian

Sasaran juara

Juara Piala FA, Kedah akan berkunjung ke Paroi malam ini untuk bertemu Negeri Sembilan, manakala pemenang 33 kali, Selangor menyambut kunjungan FELDA United di Shah Alam dengan masing-masing meletakkan misi memenangi aksi pembukaan.

- Oleh Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Pembimbing baharu Negeri Sembilan (NS), Zaki Sheikh Ahmad menagih komitmen tinggi daripada pemain untuk membuktika­n keupayaan sebenar ketika turun menentang Kedah dalam aksi pembukaan Kumpulan A, saingan Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini malam ini.

Pengendali berusia 59 tahun itu sedar tugas amat mencabar menanti anak buahnya ketika berdepan skuad Helang Merah yang baru saja dinobatkan sebagai juara Piala FA musim ini.

Namun, beliau yang diberikan amanah oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) bagi mengambil alih tanggungja­wab daripada ketua jurulatih yang direhatkan, Mat Zan Mat Aris, sudah menyediaka­n ramuan terbaik untuk berdepan anak didik, Aidil Shahrin.

“Kita membuat persiapan begitu rapi bermula minggu lalu sebaik menamatkan cabaran dalam Liga Perdana dan fokus kita untuk memberikan cabaran lebih bermakna dalam saingan Piala Malaysia.

“Saya akui lega kerana persiapan latihan lancar dan semua pemain utama termasuk import cergas tanpa sebarang masalah atau kecederaan sekali gus membolehka­n kita menurunkan barisan terbaik dalam pasukan.

“Saya berharap komitmen tinggi ditunjukka­n pemain sepanjang latihan dapat diterjemah­kan dalam perlawanan malam esok,” katanya di sini, semalam.

Zaki berkata, selain empat awang import Shunsuke Nakatake, Almir Neto, Matheus Vila dan Igor Luiz yang dijadikan taruhan, beliau juga mahu gabungan tenaga berpengala­man dan muda dalam pasukan itu dapat membentuk gandingan mantap bagi menafikan kehebatan Kedah yang tampil selaku pasukan terkuat dari Liga Super.

Bekas ketua jurulatih Sarawak itu berharap pemain seperti Norhafiz Zamani, Halim Zainal, Riduan Abdunloh Noh, Dzulfahmi Hadi, Ferris Danial Mat Nasir dan Aiman Khalidi, mampu memainkan peranan menjana kemenangan pasukan.

Sementara itu, pemain import pertahanan Kedah dari Brazil, Renan Alves berazam untuk menghadiah­kan satu lagi piala buat skuad Helang Merah apabila bakal tampil pada aksi pertama Piala Malaysia selepas kejayaan kejayaan skuad Helang Merah menjulang Piala FA minggu lalu.

“Impian saya mahu melihat Kedah mendakap piala musim ini sudah pun tercapai. Kini saya memasang impian untuk menyumbang kejayaan buat Kedah pada Piala Malaysia pula selepas ini. Kemenangan ke atas Negeri Sembilan pastinya akan meletakkan pasukan di landasan,” katanya.

 ??  ?? Khyril Muhymeen Zambri Hadin Azman Baddrol Bakhtiar FELDA United Kedah Selangor
Khyril Muhymeen Zambri Hadin Azman Baddrol Bakhtiar FELDA United Kedah Selangor
 ??  ??
 ?? (Foto PBNS FB) ?? Pasukan Negeri Sembilan bakal bertemu Kedah pada aksi pertama Piala Malaysia di Paroi.
(Foto PBNS FB) Pasukan Negeri Sembilan bakal bertemu Kedah pada aksi pertama Piala Malaysia di Paroi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia