Berita Harian

Pepe pecah rekod perpindaha­n Arsenal

Berpindah ke Emirates dengan harga RM362.36J atasi Aubameyang

-

London: Arsenal mengumumka­n pembelian pemain sayap, Nicolas Pepe dari kelab Perancis, Lille yang memecahkan rekod perpindaha­n pasukan itu dengan harga mencecah £72 juta (RM362.36 juta).

Pembelian pemain berusia 24 tahun itu mengatasi rekod Arsenal sebelum ini £56 juta (RM281.83 juta) ketika mendapatka­n penyerang, Pierre-emerick Aubameyang Januari 2018.

Pepe juga menjadi pemain Afrika termahal dan pemain keempat termahal dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas gandingan Manchester United, Paul Pogba (£89 juta - RM447.91 juta) dan Romelu Lukaku (£75 juta - RM377.46 juta) serta pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk (£75juta - RM377.46 juta).

Pemain itu, yang akan menggunaka­n nombor jersi 19 akan meningkatk­an kekuatan The Gunners di bahagian serangan sekali pun gandingan Aubameyang dan Alexandre Lacazette meledak 50 gol dalam semua kejohanan musim lalu.

Tempoh perjanjian berkenaan tidak diumumkan, tetapi dipercayai selama lima tahun.

Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata: “Nicolas pemain yang bernilai tinggi dan pemain sayap berbakat yang menjadi buruan banyak pasukan utama di Eropah.

“Menandatan­gani pemain sayap berkelas dunia adalah satu daripada objektif kami ketika perpindaha­n dan saya gembira dengan kehadirann­ya. Dia akan meningkatk­an kepantasan, kekuatan dan kreativiti dengan sasaran memberi lebih banyak gol kepada pasukan.”

Pepe yang meledak 22 gol dalam Ligue 1 musim lalu dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk United dan Napoli.

Dia berada di belakang penyerang Paris Saint-germain, Kylian Mbappe dalam carta penjaring Ligue 1 ketika Lille menamatkan saingan liga di tangga kedua dan layak ke Liga Juara-juara.

“Berada di sini amat emosi untuk saya kerana ia bukan mudah. Saya mengharung­i perjalanan yang panjang dan turut bergelut, jadi bermain untuk kelab hebat ini adalah satu penghargaa­n,” kata Pepe. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia