Berita Harian

Penguatkua­saan pendidikan dilanjut hingga Disember

Beri peluang perokok tingkat pengetahua­n mengenai larangan itu

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah thaddius@bh.com.my

Kota Kinabalu: Larangan merokok secara penguatkua­saan pendidikan di premis makan di Sabah bermula Januari lalu, dilanjutka­n hingga akhir tahun ini.

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah, Datuk Frankie Poon Ming Fung, berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Jemaah Menteri negeri pada 24 Julai lalu.

Beliau berkata, ia bertujuan memberi peluang secukupnya untuk perokok meningkatk­an pengetahua­n mengenai larangan merokok, sekali gus tidak merokok di tempat makan yang dilarang mengikut Peraturan 11, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

“Dalam tempoh lanjutan, kementeria­n juga akan berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menentukan kawasan merokok di luar premis tempat makan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ming Fung berkata, pewartaan tempat makan sebagai kawasan larangan merokok sejak 1 Januari lalu, mendapat pelbagai reaksi masyarakat.

Beliau berkata, langkah itu mendapat sokongan penuh kerajaan negeri melalui Kementeria­n Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah.

“Kerjasama erat antara Jabatan Kesihatan Sabah dengan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan PBT bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, menjamin pelaksanaa­n yang baik.

“Sepanjang tempoh penguatkua­saan pendidikan selama enam bulan, tuan premis dan orang ramai diberikan maklumat berterusan berkaitan larangan merokok di tempat makan.

“Melalui tinjauan dijalankan, rakyat Sabah mematuhi larangan ini dengan baik dan ia memberikan impak positif yang mana semakin ramai dapat menikmati udara bersih serta persekitar­an tempat makan lebih selesa,” katanya.

Ming Fung berkata, melalui penguatkua­saan pendidikan secara berterusan, Jabatan Kesihatan Sabah setakat ini sudahpun menjalanka­n pemeriksaa­n terhadap 5,704 premis.

Katanya, sebanyak 5,206 atau 91.3 peratus premis sudah memasang papan tanda larangan merokok, manakala 262 sesi taklimat dilaksanak­an.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 1,444 penguatkua­saan pendidikan dengan 498 notis amaran dikeluarka­n kepada premis tidak memasang papan tanda dan 14 notis amaran kepada mereka yang merokok di tempat makan.

“Jabatan Kesihatan Sabah akan meneruskan pemantauan bagi memastikan menjelang Disember ini, 100 peratus premis makan di negeri ini ada papan tanda larangan merokok,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, perokok digalakkan mengikuti Program Berhenti Merokok dijalankan Klinik Berhenti Merokok di 23 hospital, 58 klinik kesihatan dan 12 fasiliti swasta yang menawarkan perkhidmat­an mquit.

Beliau berkata, maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubung­i talian infoline 03-88924530 atau melayari laman web: www.jomquit.moh.gov.my.

sebanyak 5,206 atau 91.3 peratus premis sudah memasang papan tanda larangan merokok, manakala 262 sesi taklimat dilaksanak­an. Frankie Poon Ming Fung,

Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Sabah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia