Berita Harian

Lelaki tetak rakan tegur tak cuci pinggan

-

Lahad Datu: Seorang lelaki parah ditetak dengan parang dipercayai kerana menegur rakan serumah yang tidak mahu mencuci pinggan selepas makan, di sebuah rumah pekerja ladang di Cenderawas­ih, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, pekerja ladang berusia 29 tahun itu bagaimanap­un berjaya menyelamat­kan diri ke rumah penyeliany­a sejauh 500 meter.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang tidur di dalam bilik sebelum pintunya diketuk suspek lelaki berusia 25 tahun.

“Apabila mangsa membuka pintu, suspek didakwa terus menyerang dengan parang sambil menolaknya sehingga terjatuh ke lantai dan berlaku pergelutan.

“Mangsa kemudian berjaya merampas parang daripada suspek. Akibat pergelutan itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan bahu kiri serta calar di pipi kiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Seterusnya, beliau berkata, suspek didakwa keluar dari bilik mangsa dan kembali dengan membawa sebilah parang diambil dari dapur.

“Suspek didakwa terus mengejar mangsa yang baru mahu keluar dari rumah dan cuba melarikan diri ke rumah penyeliany­a yang terletak tidak jauh dari lokasi itu.

“Namun, mangsa terlebih dulu sampai di rumah penyelia. Mangsa kemudian dibawa ke klinik di Cenderawas­ih oleh pengurusny­a dan tidak sedarkan diri hingga dihantar ke Hospital Lahad Datu,” katanya.

Mengulas lanjut, Nasri berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa pernah menegur suspek.

“Mangsa pernah menegur suspek yang dikatakan tidak mahu mencuci pinggan selepas makan. Pada sangkaan mangsa, suspek mungkin berdendam dengannya kerana teguran itu. Sebelum ini, mereka berdua dikatakan tidak pernah bergaduh.

“Pada hari sebelumnya, kira-kira jam 6 petang, mangsa mendakwa nampak suspek dalam keadaan murung sebelum bertanyaka­n masalahnya tetapi suspek hanya berdiam diri.

“Mangsa juga dikatakan sempat membawa suspek berubat cara kampung dan suspek memaklumka­n diri sudah sembuh” katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati rumah terbabit didiami empat individu, namun dua daripadany­a melarikan diri dipercayai ketakutan akibat kejadian berkenaan.

Susulan itu, katanya, suspek ditahan pada hari sama kira-kira jam 1.50 tengah hari di rumah pekerja ladang terbabit.

“Suspek dilihat cedera di bahagian telinga dan jari telunjuk sebelah kanan. Polis turut merampas dua parang sebagai barang kes yang dipercayai digunakan dalam pergaduhan itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya.

Mangsa pernah menegur suspek yang dikatakan tidak mahu mencuci pinggan selepas makan. Pada sangkaan mangsa, suspek mungkin berdendam dengannya kerana teguran itu.

Nasri Mansor, Ketua Polis Daerah Lahad Datu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia