Berita Harian

Cucu Charles Vyner Brooke jatuh hati dengan Sarawak

-

Kuching: “Selama ini, saya hanya mendengar cerita keunikan rakyat Sarawak dan apabila menjejak kaki kali pertama ke negeri ini, saya terus jatuh cinta,” kata Lady Roberta Simpson, 82.

Cucu perempuan Rajah Putih Sarawak Ketiga, Charles Vyner Brooke (CV Brooke) itu berkata beliau kagum dengan rakyat Sarawak yang berbilang kaum dan agama tetapi hidup harmoni serta mesra.

“Nenek saya iaitu Ranee Sylvia Brett Brooke, banyak bercerita berkenaan keunikan Sarawak kepada saya, namun saya tidak pernah berpeluang ke negeri ini.

“Ini adalah lawatan pertama saya ke sini, ternyata apa yang diberitahu nenek adalah benar,” katanya pada sidang media bersama saudaranya iaitu Pengarah Yayasan Brooke dan Muzium Brooke, Jason Brooke, di Old Court House di sini, semalam.

Roberta adalah cucu perempuan CV Brooke daripada anak keduanya, Elizabeth Brooke dengan pasanganny­a Harry Boy.

Kata Roberta, beliau gembira dengan sambutan mesra daripada rakyat Sarawak yang diterimany­a sepanjang melawat ke negeri ini.

“Peluang berjumpa dengan rakyat Sarawak adalah satu kenangan yang amat menarik dan indah serta bermakna dalam hidup saya.

“Saya suka dengan program lawatan yang disediakan kerana dapat berkunjung ke lokasi bersejarah bandar raya ini seperti Taman Negara Bako, Kampung Budaya Sarawak, Pantai Santubong, Fort Margherita dan Astana.

“Saya sayang mereka dan barulah saya faham kenapa datuk dan keluarga saya terlalu banyak bercerita berkenaan Sarawak. Cinta mereka terhadap Sarawak dan rakyatnya sangat utuh,” katanya.

Peluang berjumpa rakyat Sarawak adalah satu kenangan yang amat menarik dan indah serta bermakna dalam hidup saya.

Tambah Roberta, neneknya juga banyak menghasilk­an lukisan berkenaan rakyat dan alam sekitar Sarawak.

“Antara lukisan nenek yang menjadi perhatian saya ialah potret wajah gadis Sarawak dan pahlawan Dayak serta Gunung Santubong.

“Menurut nenek, wanita Sarawak adalah wanita tercantik di dunia dan beliau ada melukis potret wanita itu,” katanya.

Lady Roberta Simpson, Cucu

 ?? [foto BERNAMA] ?? Roberta bersama saudaranya ketika ditemui Old Court House, Kuching, semalam.
[foto BERNAMA] Roberta bersama saudaranya ketika ditemui Old Court House, Kuching, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia