Berita Harian

ASEAN sedia kerjasama henti ancaman sisa kimia

-

Bangkok: Blok ASEAN yang terdiri daripada 10 anggota, mengulangi kesediaan untuk bekerja dengan komuniti antarabang­sa bagi memperting­katkan kerjasama menghentik­an trafik haram pergerakan merentas sempadan bahan kimia dan sisa berbahaya, sejajar dengan persetujua­n rangka kerja antarabang­sa.

Dalam kenyataan bersama, Menteri Luar ASEAN menyatakan kebimbanga­n mereka mengenai ancaman dan kesan buruk yang kian bertambah kepada kesihatan manusia dan alam sekitar akibat peningkata­n haram pergerakan merentas sempadan bahan kimia dan sisa lain ke rantau ini.

“Kami menolak pergerakan merentas sempadan bahan sisa ke rantau ini secara haram dan menekankan bahawa semua negara hendaklah mengambil langkah perlu bagi memastikan pengurusan alam sekitar bagi sisa kimia dan berbahaya dalam bidang kuasa masing-masing.

“Ia juga bagi memastikan perlindung­an bagi kesihatan manusia dan alam sekitar serta meningkatk­an kerjasama dengan bidang kuasa yang lain termasuk menerusi pertukaran maklumat yang berkenaan dan kapasiti bangunan,” katanya.

Kenyataan itu dengan tajuk Illegal Trans-boundary Movement of Hazardous Waste and Other Wastes in Southeast Asia disiarkan sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN dan Persidanga­n Selepas Mesyuarat Menteri dan Mesyuarat Yang Berkenaan kali ke-52 (AMM/PMC 52) di sini.

Kenyataan berkenaan dikeluarka­n selepas negara anggota ASEAN menerima banyak kontena mengandung­i sisa, beberapa toksik dalam beberapa bulan lalu.

Menteri-menteri Luar itu berkata, terdapat keperluan untuk menggalakk­an rantau Asia Tenggara bebas daripada pergerakan merentas sempadan secara haram bagi sisa termasuk sisa berbahaya dan sisa lain.

Beberapa negara ASEAN menjadi negara kaya tempat longgokan sampah, termasuk Malaysia, Filipina, Kemboja dan Indonesia. Pada Mei, Malaysia mengumumka­n bahawa ia akan menghantar semula 3,000 tan sisa plastik ke negara asal.

Pada Jun, Filipina berkata, ia akan mengupah syarikat perkapalan swasta untuk menghantar 69 kontena sampah pulang ke Kanada dan meninggalk­annya dalam kawasan perairan negara itu jika ia enggan menerima bahan. BERNAMA

Kami menolak pergerakan merentas sempadan bahan sisa ke rantau ini secara haram dan menekankan semua negara hendaklah ambil langkah perlu. Kenyataan bersama Menteri Luar ASEAN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia