Berita Harian

Hala tuju baharu hubungan Kuala Lumpur, Jakarta

Indonesia, Malaysia perlu manfaat kemakmuran bersama

-

Indonesia mahukan hala tuju baharu bagi hubungan dua hala di antara republik itu dengan Malaysia, sesuatu yang menjurus kepada kemakmuran bersama dan bukan lagi persaingan.

Hala tuju baharu itu dilihat perlu dipacu dengan memanfaatk­an kekuatan yang dimiliki oleh kedua-dua negara.

“Kenapa perlu kita terus bergantung kepada pihak ketiga untuk memajukan ekonomi kita? Kenapa harus perang dagang di antara Amerika Syarikat (AS) dan China menjejas ekonomi kita.

“Bukankah Indonesia dan Malaysia boleh saling memanfaatk­an permintaan dalaman di kedua-dua negara untuk memastikan ekonomi masing-masing tetap kukuh walaupun As-china berperang dagang,” kata Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana.

Rusdi yang juga pemilik tunggal syarikat penerbanga­n terbesar Indonesia, Lion Air, banyak melontarka­n beberapa cadangan di luar kotak, di samping meluahkan kekecewaan terhadap tahap hubungan sedia ada yang tidak dapat bergerak daripada isu tradisiona­l seperti jerebu, tenaga kerja dan persempada­nan.

“Saya mahu kita move on (bergerak ke depan). Jangan ada dusta di antara kita,” katanya meminjam tajuk lagu penyanyi Indonesia, Broery Marantika.

Diplomat yang tidak tipikal itu mengadakan pertemuan dengan wartawan Malaysia di Lion Tower di Jakarta pada Jumaat lalu, sempena lawatan dua hari Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi ke Kuala Lumpur bermula Khamis ini.

Ia adalah lawatan sulung Jokowi ke luar negara selepas dipilih semula sebagai Presiden untuk

Bukankah Indonesia dan Malaysia boleh saling memanfaatk­an permintaan dalaman di kedua-dua negara untuk memastikan ekonomi masing-masing tetap kukuh walaupun As-china berperang dagang. Rusdi Kirana, Duta Besar Indonesia ke Malaysia

tempoh kedua pada Pemilihan Presiden, April lalu.

Rusdi berkata, beberapa agenda sudah disusun untuk dibincang Jokowi dan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjurus kepada usaha mengeratka­n lagi hubungan di antara kedua-dua negara.

Indonesia adalah rakan dagang ASEAN keempat terbesar bagi Malaysia di belakang Singapura, Thailand dan Vietnam.

Rusdi berkata, kotak pemikiran bersaing di antara Indonesia dan Malaysia harus dikikis, diganti dengan minda kemakmuran bersama.

Beliau memberi contoh persaingan dalam pasaran minyak sawit atau CPO di antara kedua-dua negara.

“Kedua-duanya merebut pasaran China untuk menjual CPO masing-masing. Apabila Indonesia ke China, Beijing memberitah­u Kuala Lumpur menawarkan CPO pada harga yang lebih rendah.

“Apabila Malaysia ke China, Beijing berkata Jakarta menawarkan­nya pada harga yang lebih rendah. Jadi masa bila kita mahu dapat harga yang lebih tinggi,” kata Rusdi.

Beliau mencadangk­an Jakarta dan Kuala Lumpur jangan terlalu bergantung kepada pasaran China, mahupun India dan Eropah untuk mengecilka­n stockpile CPO masing-masing.

“Kita harus sama-sama membuat pelaburan untuk mengeluark­an bahan api penerbanga­n (aviation fuel) dari sawit. Aviation fuel sawit yang dikeluarka­n secara usaha sama ini kemudian digunakan oleh syarikat penerbanga­n Indonesia dan Malaysia.

“Pelaburann­ya mungkin tinggi dan harga aviation fuel sawit ini mungkin lebih tinggi, tetapi industri sawit kedua-dua negara mungkin boleh memberi subsidi kepadanya agar harganya lebih rendah daripada fossil fuel.

“Dengan cara ini, stockpile sawit di kedua-dua negara dapat dikurangka­n dan harga CPO ditingkatk­an,” tegas Rusdi.

Selain kerjasama berkenaan, Duta Besar itu turut menyokong cadangan Malaysia mewujudkan projek kereta ASEAN atau ‘ASEAN Car’.

Katanya, projek itu boleh dilancarka­n dulu oleh Indonesia dan Malaysia yang sudah mempunyai industri automobil masing-masing.

Selain itu, Rusdi mencadangk­an syarikat minyak PETRONAS dari Malaysia dan Pertamina dari Indonesia mengadakan usaha sama dalam aktiviti hiliran bagi memanfaatk­an kekuatan masing-masing.

“Secara bersendiri­an, kita tidak mempunyai skala ekonomi, tetapi jika kita bergabung, mungkin skala ekonomi itu memadai untuk kita menceburi sesuatu pelaburan itu,” katanya.

Beliau turut melontarka­n cadangan agar kedua-dua negara mempertimb­angkan menggunaka­n mata wang masing-masing bagi perdaganga­n dua hala.

“Kenapa kita perlu guna dolar AS apabila berdagang di antara Indonesia dan Malaysia. Elok kita gunakan ringgit atau rupiah kerana dapat mengelak kos pertukaran wang dari rupiah ke dolar dan kemudian ke ringgit,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia