Berita Harian

Penghuni pernah terperangk­ap lima jam

-

Kuala Lumpur: Ribuan penghuni 618 unit sebuah kondominiu­m dekat Bukit Antarabang­sa di sini, tidak menyedari lif digunakan setiap hari di kediaman mereka sejak empat tahun lalu, tidak memiliki Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang dikeluarka­n Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Semakan wartawan Bhmendapat­i lif berkenaan tiada CF sejak tahun 2015.

Rata-rata penghuni meluahkan rasa kecewa berikutan keadaan lif tidak berfungsi dan tidak diselengga­ra dengan betul tetapi tidak menyedari pentingnya sijil CF untuk layak menggunaka­n lif.

Malah ada lif bomba di kondominiu­m itu langsung tidak mempamerka­n sijil CF serta kerap kali berlaku insiden penghuni terperangk­ap di dalam lif selama lima jam sebelum diselamatk­an.

Wakil penghuni, Johaidi Abu Hassan, berkata kejadian itu berlaku kerana lambatnya bantuan dan tindak balas daripada pengendali lif, walaupun butang amaran kecemasan berfungsi menghubung­kan kepada pondok pengawal.

Katanya, kesedaran keperluan mematuhi undang-undang berkaitan lif sering diabaikan khususnya pihak yang dilantik penghuni untuk menjaga bangunan.

"Ketika kejadian itu, penghuni tidak menghubung­i bomba kerana SOP kecemasan yang dilekat dalam lif memaklumka­n harus menghubung­i pengendali lif, premis ini memiliki sembilan buah lif tetapi di Blok B kerap kali rosak selepas berlaku kebakaran pada lapan tahun lalu.

"Pengendali lif dan pengurus bangunan yang dilantik, sudah mengemukak­an permohonan CF sejak tahun lalu bagaimanap­un sehingga hari ini belum ada apa-apa maklum balas.

“Kurangnya kerjasama antara ahli majlis yang dilantik dan penghuni menyebabka­n isu lif ini belum dapat diselesaik­an, penghuni berharap isu berkaitan keselamata­n tidak wajar dipinggirk­an,” katanya kepada BH yang mahu membawa isu itu kepada ADUN Bukit Antarabang­sa, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Tinjauan di sebuah pangsapuri di Selayang mendapati CF lif kediaman itu tidak diperbahar­ui sejak 2016.

Pengerusi surau pangsapuri berkenaan, Kamaruddin Kohor, berkata sikap penghuni yang tidak peka keselamata­n orang lain turut menyumbang kepada kerosakan lif.

“Ada yang menanggalk­an butang lif, ada yang bawa naik motosikal iaitu melebihi muatan ditetapkan, menyebabka­n tali lif mudah haus dan rosak,” katanya.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bersama pangsapuri, Hermi Hamzah, berkata pihaknya berhadapan cabaran apabila lif asal yang disediakan pemaju adalah berkualiti rendah.

 ??  ?? Kamaruddin menunjukka­n lif yang tidak diselengga­ra mengikut jadual ditetapkan.
Kamaruddin menunjukka­n lif yang tidak diselengga­ra mengikut jadual ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia