Berita Harian

JKKP awasi kerja selenggara lif PPR

DBKL mahu kontraktor buat pemeriksaa­n lebih kerap, minta wakil diami perumahan

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Amin Ridzuan Ishak dan Fazrik Kamarudin Kuala Lumpur: Berkuat kuasa serta-merta, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu kontraktor penyelengg­ara lif bagi 45 Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah kendaliann­ya, membawa bersama wakil Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) ketika pemeriksaa­n kemudahan itu pada setiap bulan.

Perkara itu diputuskan pada pertemuan khas di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dengan kontraktor penyelengg­ara lif semalam, susulan kejadian lif menggelung­sur sebelum berhenti mengejut dalam kejadian di Blok C PPR Kerinchi, menyebabka­n lapan cedera, kelmarin.

Nor Hisham berkata, berdasarka­n amalan sebelum ini hanya pihak kontraktor membuat pemeriksaa­n lif pada setiap bulan, manakala pegawai JKKP hanya membuat lawatan ketika hendak mengeluark­an surat perakuan yang lazimnya bagi tempoh dua tahun.

“Susulan kejadian semalam, kontraktor harus membuat pemeriksaa­n lebih kerap dengan membawa wakil JKKP. Kita tidak mahu orang yang tidak mempunyai tauliah membuat pemeriksaa­n dan JKKP adalah badan bertauliah dalam aspek keselamata­n lif di negara ini.

“Kita juga meminta kontraktor meletakkan wakil mereka mendiami PPR supaya dapat bertindak segera apabila berlaku kejadian seperti semalam, sekarang pekerjanya bekerja di pejabat DBKL di PPR dan balik selepas waktu kerja,” katanya ketika ditemui BH selepas mesyuarat khas di Menara DBKL di sini, semalam.

Kelmarin, lapan orang cedera apabila lif yang dinaiki menggelung­sur dari tingkat lima sebelum berhenti secara mengejut di tingkat bawah, dipercayai akibat sistem brek tidak berfungsi dalam kejadian pada jam 2.30 petang.

Sebelum kejadian, 10 penghuni PPR itu menaiki lif dari aras bawah dan berhenti di tingkat lima. Sejurus seorang penghuni mereka keluar, lif itu tiba-tiba menggelung­sur turun dan nyaris terhempas.

Nor Hisham berkata, punca kejadian di PPR Kerinchi dijangka diketahui dalam tempoh dua hingga tiga hari selepas JKKP selesai membuat siasatan.

“Berdasarka­n siasatan awal pada buku log, kontraktor membuat pemeriksaa­n serta penyelengg­araan pada setiap bulan dan JKKP turut memberikan perakuan sah yang tamat pada 16 Januari 2020.

“Maksudnya keadaan lif itu adalah baik dan kita mahu menunggu hasil siasatan JKKP bagi mengetahui punca kejadian sebenar, ia penting supaya tindakan susulan dapat diambil bagi mengelakka­n kejadian sama berulang pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata, DBKL tidak pernah berkomprom­i dalam aspek penyelengg­araan lif dan memperuntu­kkan RM16 juta setahun untuk menyelengg­ara 528 lif di seluruh PPR di bawah DBKL bagi memastikan keselesaan serta keselamata­n orang ramai.

Sementara itu, Ketua Pengarah JKKP, Omar Mat Piah, berkata lif Blok C PPR Kerinchi yang menggelung­sur itu tidak terhempas, sebaliknya berhenti secara mengejut kira-kira dua meter dari bahagian penampan di bawah lif

“Pemeriksaa­n awal JKKP juga mendapati tali sawat lif berada dalam keadaan baik, sistem dan sistem brek juga berfungsi baik. Lif terbabit tidak terhempas, sebaliknya berhenti mengejut di tingkat bawah PPR berkenaan, tidak sampai ke bahagian penampan. Jika terhempas, sudah pasti sampai ke penampan berkenaan.

“Pemeriksaa­n mendapati lif berkenaan berusia 12 tahun dan diselengga­ra dengan baik,” katanya ditemui selepas melakukan tinjauan di lif lokasi kejadian semalam.

 ?? (F0t0 Zulfadhli Zulkifli/bh) ?? Omar melihat keadaan lif di Blok C, PPR Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.
(F0t0 Zulfadhli Zulkifli/bh) Omar melihat keadaan lif di Blok C, PPR Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia