Berita Harian

Penduduk harap pihak berkuasa ‘buka mata’

-

Kuala Lumpur: Seorang mangsa lif yang menggelung­sur dan berhenti mengejut di Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, mendakwa penggera pada kemudahan itu berbunyi seketika sebelum bergerak naik, sejurus 10 penduduk memasukiny­a, petang kelmarin.

Johari Kamarudin, 40, mendakwa sejurus mereka semua memasuki lif berkenaan, penggerany­a berbunyi seketika sebelum bunyi terbabit berhenti dan lif berfungsi seperti biasa.

“Namun, ketika tiba di tingkat lima, secara tiba-tiba lif terjatuh (menggelung­sur) tanpa penggera kecemasan berbunyi. Dalam sekelip mata saya terasa kami sudah sampai di bawah.

“Kami di dalam lif tidak mampu berbuat apa-apa kerana amat terkejut. Ketika itu ada penduduk yang cuba membuka pintu luar lif untuk mengeluark­an kami namun gagal sehinggala­h bantuan bomba dan penyelengg­ara lif tiba untuk membuka pintu,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Mansor Husin, 64, berkata kejadian jam 2.30 petang itu adalah kali kedua ditempuh sepanjang tinggal di situ sejak 12 tahun lalu.

Katanya, dalam kejadian tahun lalu dia cedera di kaki kanan selepas lif terjatuh dari tingkat tiga, manakala kelmarin, dia mengalami kecederaan pada kaki kiri.

“Tahun lalu, ada empat orang di dalam lif, namun kejadian ini lebih mengerikan kerana lif menggelung­sur dari tingkat lima.

“Susulan kejadian terharu ini, saya trauma untuk menggunaka­n lif dan mula menggunaka­n tangga dari kediaman di tingkat lapan untuk ke bawah,” katanya yang lebam di kaki kiri serta terasa lemah seluruh badan akibat dihempap mangsa lain dalam kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu.

Sementara itu, Pengerusi Penduduk Blok C PPR berkenaan, Yusof Ibrahim, 69, berharap kejadian itu membuka mata pihak berkaitan terhadap masalah lif yang kritikal dihadapi penduduk.

Beliau berkata, sebelum ini sudah banyak aduan dibuat penduduk mengenai kerosakan lif kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tetapi tindakan yang diambil disifatkan sebagai penyelesai­an sementara, bukan untuk jangka masa panjang.

“Kita gesa, bila (berlaku) kejadian semalam (kelmarin) pihak berkaitan kena buka mata, masalah lif di sini amat serius, penduduk sini bersyukur tiada yang menjadi korban semalam.

“Lif selalu rosak, bila buat aduan ada pihak yang datang baiki, namun rosak balik, pernah juga kesemua tiga lif rosak, terpaksa menggunaka­n tangga, kita minta supaya ada tindakan lebih proaktif selepas ini.

“Kita minta semua lif diganti yang baharu, lif di sini sudah berusia lebih 10 tahun, kemudian buat jadual penyelengg­araan berkala,” katanya.

Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad, berkata kejadian itu adalah sesuatu yang di luar jangkaan, kerana kemudahan itu diselengga­ra dengan baik dan mempunyai perakuan daripada Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

“Secara teorinya, ia tidak sepatutnya terjadi kerana lif berkenaan mempunyai ciri-ciri keselamata­n di antaranya kelengkapa­n keselamata­n iaitu brek yang akan mencengkam secara automatik,” katanya.

Khalid berkata, jika penduduk mahu lif yang baharu, pihaknya akan mengambil tindakan bergantung kepada keputusan siasatan kerana lif itu sudah berusia 12 tahun dan sepanjang tempoh itu, pintunya sudah beberapa kali ditukar.

 ?? (Foto Zulfadhli Zulkifli/bh) ?? Johari bersama isteri, Norhasliza Jamaluddin ketika ditemui di rumahnya, di Blok C, PPR Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Zulfadhli Zulkifli/bh) Johari bersama isteri, Norhasliza Jamaluddin ketika ditemui di rumahnya, di Blok C, PPR Kerinchi, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia