Berita Harian

NCIA teliti cadangan bina Lapangan Terbang Kulim

-

Georgetown: Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi menerusi Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) kini sedang meneliti dan mempertimb­angkan beberapa cadangan membangunk­an Lapangan Terbang Kulim (KXP) di Kulim, Kedah.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata KXP yang akan dibina sebagai lapangan terbang kargo itu adalah keperluan bagi jangka masa panjang yang bakal memberi kesan positif kepada negara dan wilayah utara secara keseluruha­nnya.

“Kita sedang teliti setiap cadangan KXP melalui NCIA, dan selepas itu ia akan diserahkan kepada kementeria­n berkaitan untuk dipertimba­ngkan.

“Sekarang banyak kegiatan ekonomi di selatan Thailand adalah melalui Pulau Pinang, dan sudah tentu pada masa akan datang kapasitiny­a meningkat, sekali gus memerlukan pelabuhan dan lapangan terbang dinaik taraf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan kunci kepada pembeli Projek Perumahan Pangsapuri Casa Anggun oleh pemaju JKP Sdn Bhd di sini, semalam.

Mac lalu, Mohamed Azmin mengumumka­n kerajaan meluluskan tujuh projek dan program impak tinggi di Kedah bernilai lebih RM3.6 bilion, termasuk pembinaan KXP membabitka­n pelaburan luar berjumlah RM1.6 bilion.

Bagaimanap­un, pengumuman itu mendapat reaksi berbeza daripada kerajaan Pulau Pinang yang berpendapa­t pembinaan KXP akan memberi kesan negatif kepada Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP) dan negeri secara amnya.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin berkata, beliau mengambil maklum kegusaran kerajaan negeri terhadap pelaksanaa­n KXP, yang dikatakan akan dibina dalam jarak kurang 40 kilometer (km) dari Pulau Pinang.

“Mereka (kerajaan negeri) bukan bantah, tetapi mereka berikan pandangan dan ia sudah pun dibincangk­an. Projek KXP ini akan saling melengkapi.

“Pulau Pinang ada kekuatanny­a, tapi kita sedia maklum LTAPP sudah sampai tahap kapasiti maksimum untuk lakukan pembesaran.

“Jadi, dengan adanya KXP, ia boleh mewujudkan pertumbuha­n ekonomi yang akan memberi kebaikan kepada semua negeri di wilayah utara,” katanya.

 ?? (Foto Ramdzan Masiam/bh) ?? Mohamed Azmin (kanan) beramah mesra dengan penerima kunci rumah pada majlis penyerahan kunci Casa Anggun, Sungai Nibong, semalam.
(Foto Ramdzan Masiam/bh) Mohamed Azmin (kanan) beramah mesra dengan penerima kunci rumah pada majlis penyerahan kunci Casa Anggun, Sungai Nibong, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia