Berita Harian

Dasar ‘carving out’ pacu usahawan Bumiputera

Kerajaan bantu wujud pengusaha lebih berdaya maju berdasar merit

- Oleh Che Wan Badrul Alias dan Ahmad Suhael Adnan bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pembanguna­n Usahawan akan melaksanak­an dasar ‘carving out’ bagi mewujudkan usahawan Bumiputera yang lebih berdaya maju berdasarka­n merit.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof, berkata menerusi dasar itu, kementeria­n tidak akan menyediaka­n kuota tertentu khusus untuk kumpulan terbabit.

Sebaliknya, kerajaan boleh mengasingk­an sebahagian perbelanja­annya bagi sektor berpotensi untuk diuruskan kementeria­n secara menyerahka­nnya kepada usahawan yang dikenal pasti secara merit.

Katanya, langkah itu bertujuan memberikan keyakinan kepada pengusaha Bumiputera bersaing membina keupayaan syarikat dengan melabur.

“Saya akan laksanakan dasar ‘carving out‘ dengan melihat berapa banyak kerajaan berbelanja bagi sektor tertentu supaya saya dapat ‘carve out’ perbelanja­an itu dan uruskannya dengan mengenal pasti secara merit usahawan yang berani, berdisipli­n, berdaya saing dan mampu memikul amanah berkenaan.

“Contoh, perbelanja­an logistik sebanyak RM170 bilion tahun lalu, jika saya dapat ‘carve out’ sekitar RM100 bilion maka ini akan memberikan keyakinan kepada usahawan yang melabur membina gudang kerana mereka yakin kerajaan akan mewujudkan peluang untuk perniagaan­nya,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kementeria­n sedang berunding dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk melaksanak­an dasar ‘carving out’ itu dalam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya, rundingan bertujuan memastikan ada sebahagian projek dapat di ‘carve out’ dari segi jumlahnya supaya kira-kira 40,000 kontraktor daripada Bahagian Pembanguna­n Kontraktor dan Usahawan (BPKU) akan mendapat peluang terbabit dalam projek itu.

“Saya mencadangk­an supaya kita memilih kontraktor induk yang memiliki keupayaan kewangan kukuh dan mereka akan memayungi kontraktor kecil ini,”

Saya mencadangk­an supaya kita memilih kontraktor induk yang memiliki keupayaan kewangan kukuh dan mereka akan memayungi kontraktor kecil ini.

Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri Pembanguna­n Usahawan

katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Redzuan berkata kementeria­n akan mewujudkan pusat pemboronga­n dan peruncitan bagi membantu memasarkan produk usahawan tempatan, khususnya yang bernaung di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

Beliau berkata pusat itu akan diwujudkan mengikut zon utara, tengah, selatan, dan Pantai Timur, disusuli dengan pusat pemboronga­n dan peruncitan kecil secara satelit jika hasilnya memberangs­angkan.

Katanya, inisiatif itu bertujuan memberikan akses lebih mudah kepada usahawan kecil dan sederhana tempatan menembusi sektor peruncitan, sebelum berjaya memiliki premis dan empayar perniagaan sendiri.

“Kita akan lancarkan yang pertama pada Ogos depan di Kelantan kerana kita dapati kebanyakan usahawan TEKUN yang berjaya di Kelantan.

“Kita juga sedang teliti kemungkina­n membuka pusat pemboronga­n dan peruncitan di Pahang. Bagi zon utara, ia sama ada di Perlis, Kedah atau Pulau Pinang.

“Satu lokasi sudah dikenal pasti di Klang bagi zon tengah, manakala zon selatan mungkin di Johor atau Melaka. Jika hasilnya menggalakk­an, kita mungkin akan buka pusat pemboronga­n dan peruncitan kecil secara satelit,” katanya pada temu bual eksklusif bersama wartawan NSTP, di sini.

Mohd Redzuan berkata, pusat pemboronga­n dan peruncitan itu akan dijadikan lokasi pengumpula­n bagi produk usahawan tempatan, dengan 70 peratus daripadany­a adalah hasil usaha usahawan TEKUN.

“Kita akan putuskan sama ada produk ini akan dieksport, dijenamaka­n semula atau diletakkan di TEKUN Mart. Kita sudah berbincang untuk pasarkan ke China, negara Eropah Timur dan Russia,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia