Berita Harian

Pertahan kestabilan politik elak pelabur lari ke negara lain

-

Kuala Lumpur: Semua pihak, khususnya pemimpin kerajaan perlu menjaga kestabilan politik dalam negara bagi memastikan pelabur tidak ‘lari’ ke negara lain.

Menteri Pembanguna­n Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, berkata sebarang tindakan yang mencetuska­n persepsi yang menggusark­an pelabur, seperti isu peralihan kuasa perdana menteri, hanya akan memberi kesan negatif kepada pertumbuha­n ekonomi negara.

“Ketika ini, ada kemelut dalam parti tertentu yang mencetuska­n kegusaran pelabur, selain ada usaha daripada kumpulan tertentu yang cuba mempercepa­tkan peralihan kuasa (Perdana Menteri).

“Ada pelabur yang bertanyaka­n kepada saya, apa sudah jadi dengan Malaysia dan ada yang kata jika apa yang berlaku berterusan, kami mahu pindah ke Vietnam.

“Bukan pelabur tidak mahu datang, tetapi mereka ambil pendekatan tunggu dan lihat. Sebab itu sekarang ada usul pelaburan yang sudah diluluskan, tapi masih belum berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada temu bual eksklusif bersama wartawan NSTP di sini, semalam.

Beliau mengulas perkembang­an politik pada masa ini yang membabitka­n Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalanny­a, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berhubung peralihan kuasa Perdana Menteri.

Keadaan itu diburukkan dengan tindakan pihak tertentu yang sering membangkit­kan mengenai peralihan kuasa Perdana Menteri.

Mohd Redzuan yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata, jika kemelut itu berterusan, orang ramai mungkin menamakan pihak lain sebagai pengganti Dr Mahathir, seperti Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berpengala­man menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga berkata tidak ada keperluan untuk menetapkan tempoh tertentu untuk peralihan itu berlaku kerana proses memperbetu­lkan masalah ditinggalk­an kerajaan terdahulu bukan kecil.

“Apabila Dr Mahathir sudah bersedia (peralihan kuasa), beliau akan serahkan jawatan itu. Kita perlu pastikan keadaan stabil supaya tiada pelabur lari apabila peralihan kuasa itu berlaku nanti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia