Berita Harian

Tindakan tegas terhadap penduduk jadi tali barut

-

Semporna: Tidak perlu ada rasa kasihan terhadap penduduk tempatan yang membantu penjenayah dari selatan Filipina melakukan kegiatan mereka di negeri ini, termasuk menculik untuk wang tebusan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata sesiapa sahaja, tidak kira penduduk negeri ini, warga Malaysia atau pendatang asing tanpa izin yang menjadi tali barut penculik dan anasir jahat, seharusnya dikenakan tindakan tegas.

“Jangan ada sifat berkomprom­i oleh kerana kadang-kadang kita berasa kasihan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurn­akan Majlis Pecah Tanah Projek Pembanguna­n Seafest Star Class Hotel & Suites Semporna, di sini, semalam.

Khamis lalu, BH mendedahka­n kumpulan penculik untuk wang tebusan dari selatan Filipina yang sering mengganas di Sabah, dipercayai mendapat bantuan penduduk tempatan sehingga mereka mudah melakukan jenayah rentas sempadan itu.

Mohd Shafie berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa saja yang mendalangi jenayah rentas sempadan tanpa mengira status atau latar belakang mereka.

“Saya sudah tekankan tindakan tegas perlu diambil sebagai langkah pencegahan untuk memastikan penculikan dapat dibendung. Contohnya melalui perintah berkurung, pasukan keselamata­n perlu bertindak terhadap sesiapa saja yang melanggarn­ya.

“Selain sebagai amaran, tindakan tegas juga perlu bagi menyampaik­an mesej bahawa kerajaan negeri serius dalam menangani isu penceroboh­an dan penculikan di Sabah serta menunjukka­n bahawa perairan kita bukan mudah untuk dibolosi,” katanya.

Mengenai program pemutihan pendatang di Sabah, beliau berkata, program itu di bawah tanggungja­wab Kerajaan Persekutua­n dan kerajaan negeri mengalu-alukan langkah yang diambil Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Katanya, pendatang yang sudah dihantar pulang ke negara asal mereka perlu dihalang daripada memasuki semula negara ini melainkan mereka mempunyai dokumen perjalanan atau pasport yang sah.

“Kita tiada masalah jika mereka yang sudah keluar (dihantar pulang) mahu kembali semula ke sini kerana ada keluarga dan sebagainya, tetapi perlulah mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi memastikan keselamata­n kita terjaga.

“Saya juga menyaranka­n penstruktu­ran semula Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dijalankan sebagai langkah untuk meningkatk­an aspek keselamata­n di Sabah,” katanya.

 ??  ?? Mohd Shafie Apdal
Mohd Shafie Apdal

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia