Berita Harian

Kilang kitar semula masih tak serik

Pindah lokasi pelupusan ke tempat baharu selepas kegiatan dikesan

- M.mustakim@bh.com.my

Oleh Muhammad Mustakim Ramli Sungai Petani: Pengusaha kilang kitar semula sisa plastik import haram sekitar daerah ini, dipercayai tidak serik dengan tindakan penguatkua­saan yang diambil apabila masih meneruskan kegiatan pelupusan secara haram.

Selepas tapak pelupusan haram berdekatan Sungai Muda di Kampung Kemumbung dekat Sidam Kiri diambil tindakan oleh pihak berkuasa, mereka kini dikesan berpindah ke lokasi lain.

Dua kawasan berdekatan hutan dan penempatan penduduk iaitu kawasan Perusahaan Cendana dan Kampung Surakam di sini, dikesan ula menjadi lokasi baharu pembuangan sisa kilang.

Aktivis alam sekitar, Dr Tneoh Shen Jen, berkata pihaknya percaya pengusaha kilang kitar semula kini mulai tidak senang duduk ekoran keprihatin­an penduduk terhadap isu alam sekitar setempat.

“Mereka kini dipercayai terdesak mencari kawasan tertentu yang baharu untuk melupuskan sisa kilang secara mudah. Bila lokasi tumpuan pelupusan sisa haram itu didedahkan dan diambil tindakan oleh pihak berkuasa, mereka berpindah cari lokasi baharu yang sesuai.

“Sebelum ini mereka buang berdekatan Sungai Muda di Kampung Kemumbung, Sidam Kiri tetapi apabila aktiviti itu dibongkar dan tindakan diambil terhadap kawasan berkenaan, mereka cari kawasan baru,” katanya kepada BH di sini, semalam.

Sebidang tanah berdekatan Sungai Muda disita oleh Majlis Perbandara­n Sungai Petani Kedah (MPSPK) selepas pemiliknya menjadikan kawasan terbabit sebagai tapak pelupusan haram dengan mengutip bayaran daripada lori yang menghantar bahan buangan sisa industri ke situ.

Terdahulu, Dr Tneoh bersama beberapa aktivis alam sekitar membawa wartawan BH, meninjau kawasan yang didakwa menjadi tempat pembuangan sisa industri di Kawasan Perusahaan Cendana, di sini.

Kawasan berkenaan hanya terletak tidak sampai satu kilometer (km) dari kawasan tinjauan BH pada Mei lalu, iaitu kawasan tanah lapang yang dijadikan tempat pembuangan dan pembakaran sisa kitar semula.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Sayang Sungai Petani, Kamaruddin Kassim, berkata walaupun kilang-kilang itu dikatakan sudah diambil tindakan, namun beliau hairan masalah sama masih berulang dan seolah-olah pengusahan­ya tidak takut dengan undang-undang.

“Orang awam mempunyai hak sebagai pengguna. Jika kita lihat di Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNHEP), kementeria­n ada keluarkan buku mengenai hak,” katanya.

pengusaha kilang kitar semula kini mulai tidak senang duduk ekoran keprihatin­an penduduk terhadap isu alam sekitar setempat.

Tneoh Shen Jen, Aktivis alam sekitar

 ?? [Foto Shahrizal Md Noor/bh] ?? Tapak pembuangan sampah dan plastik kitar semula haram yang di kawasan Perusahaan Cendana.
[Foto Shahrizal Md Noor/bh] Tapak pembuangan sampah dan plastik kitar semula haram yang di kawasan Perusahaan Cendana.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia