Berita Harian

Pelajar PSA bantu bina rumah OKU

Binaan tiga bilik bernilai RM100,000 ganti kediaman uzur, hampir roboh

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin Sungai Besar: Selepas kira-kira tiga bulan terpaksa menyewa berikutan rumah asal yang uzur dan hampir roboh, seorang lelaki kurang upaya (OKU) mental akhirnya dapat mendiami rumah baharu apabila kediaman itu siap sepenuhnya, semalam.

Rumah baharu Mohd Khairul Pitri Abdul Hamid, 45, dibina 10 pelajar Jabatan Kejurutera­an Awam, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menerusi program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

Wakil Mohd Khairul Pitri, Normawati Abdul Hamid, 54, berkata dia bersama adik-beradik lain sepakat mencari rumah sewa untuk Mohd Khairul Pitri sebelum bercadang menggantik­an rumah pusaka berusia 39 tahun kepada yang baharu dan selesa.

“Sebelum ini, kami mengumpul dana bagi membina rumah baharu buat adik (Mohd Khairul Pitri), namun dana tidak cukup untuk memanggil kontraktor. Kebetulan, ada ahli keluarga bekerja di PSA memaklumka­n politeknik itu ada program CSR.

“PSA boleh membantu pembinaan rumah ini dan ia dilakukan sendiri pelajarnya. Alhamdulil­lah, saya bersama adik-beradik membuat permohonan dan diluluskan,” katanya ketika ditemui pemberita di Jalan Masjid Makmuriah, di sini, semalam.

Terdahulu, Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menyampaik­an plak rumah baharu itu kepada Khairul Pitri pada majlis turut dihadiri Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Syed Hussian Syed Junid dan Pengarah PSA, Dr Mohd Zahari Ismail.

Normawati bersyukur dan gembira rumah itu yang dibina di tapak asal siap sebelum Aidiladha minggu depan.

“Adik mengalami penyakit mental sejak berusia 13 tahun dan tidak berkahwin, jadi saya dan enam beradik lain sepakat menziarahi­nya setiap minggu bagi memantau kesihatann­ya,” katanya yang menetap di Kota Warisan, Sepang.

Sementara itu, Mohd Zahari berkata, rumah tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan 1,000 kaki persegi itu, dibina dengan peruntukan hingga RM100,000 dan mendapat penjimatan kos sehingga 40 peratus.

 ?? (Foto Roslin Mat Tahir /BH) ?? Mohd Fasiah (dua dari kanan) menyerahka­n plak rumah kepada Mohd Khairul Pitri sambil diperhatik­an Syed Hussian (kiri) dan Mohd Zahari pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik CSR di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar, semalam.
(Foto Roslin Mat Tahir /BH) Mohd Fasiah (dua dari kanan) menyerahka­n plak rumah kepada Mohd Khairul Pitri sambil diperhatik­an Syed Hussian (kiri) dan Mohd Zahari pada Majlis Penyerahan Rumah Mampu Milik CSR di Kampung Parit 1 Barat, Sungai Besar, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia