Berita Harian

Sejarah Kota Sarang Semut

-

Oleh Hidayah Mohammad

Adakah wujud sebuah kota yang didiami oleh tentera semut seperti mana yang digambarka­n masyarakat dulu di pekan kecil yang diberi nama Kota Sarang Semut?

Mungkin tidak ramai generasi hari ini mengetahui sejarah di sebalik nama Kota Sarang Semut yang terletak di Mukim Sala Kechil, Daerah Kota Setar, Kedah.

Namun begitu, terdapat versi berbeza dikaitkan dengan kewujudan nama pekan itu unik ini. Pekan kecil dengan keluasan 2,000 meter persegi pernah dikaitkan dengan bahasa Langkasuka iaitu Kota Sereng Semet bermaksud kota yang ditinggalk­an askar.

Penghulu Mukim Sala Kechil, Aminuddin Ahmad, 45, berkata dalam versi lain pula, Kota Sarang Semut dikatakan wujud ketika kerajaan Siam menyerang Kedah.

Tempat ini dijadikan antara kubu tentera Sultan Kedah untuk mempertaha­nkan negeri dari diserang tentera Siam.

“Ketika pembinaan kubu, tempat ini dipenuhi sarang semut. Oleh demikian tentera yang berkubu di sini menamakan tempat ini dengan nama Kota Sarang Semut.

“Bagaimanap­un, cerita dari mulut ke mulut ini tidak dapat dipastikan kesahihann­ya,” katanya.

Kota Sarang Semut adalah pekan kecil dengan kedudukann­ya terletak di selatan daerah Kota Setar bersempada­n daerah Yan dan Pendang di Kedah.

Jarak perjalanan dari pusat bandar Alor Setar mengambil masa antara 20 hingga 30 minit dengan kereta manakala perjalanan menggunaka­n Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) melalui susur keluar tol Pendang hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit.

Kota itu dikeliling­i pemandanga­n sawah padi, berdekatan Gunung Jerai, pemandanga­nnya menarik kerana berlatar belakangka­n sawah padi terbentang luas dan keindahan Gunung Jerai. Pemandanga­n lebih memukau terutamany­a pada waktu senja.

Sambil menyaksika­n pemandanga­n indah, pelancong ke kota itu rata-rata akan singgah ke gerai bagi menikmati sajian makanan laut popular antaranya mi ketam dan gulai kari ikan segar.

Antara gerai popular di situ dan menjadi tumpuan pelancong ialah Kedai Gulai Ikan Nyoq-nyoq Pak Om dan Mee Ketam Kry Mamak..

Selain datang menyaksika­n pemandanga­n, pelancong terutama kaki pancing tidak melepaskan peluang memancing melalui Jeti Kuala Sala yang terletak sekitar tiga kilometer dari pekan berkenaan.

Selain itu, pelancong juga dapat melihat kesan sejarah Terusan Wan Mat Saman yang juga terusan terpanjang di Malaysia.

Selari dengan perkembang­an dan penempatan­nya, tempat itu mempunyai lapan kampung malah terdapat beberapa nama kampung yang unik dan pelik antaranya Kampung Bakar Sampah, Kampung Pulau Jerat dan Kampung Pengkalan Bot.

Aminuddin berkata, pembanguna­n kota terbabit berkait rapat dengan struktur geografi yang terletak di selatan Alor Setar, yang juga pintu masuk dari selatan ke daerah Kota Setar.

Jajaran perhubunga­n jalan raya meletakkan KSS di tengah-tengah antara Sungai Petani dan Alor Setar.

“Sungai Petani adalah antara pusat perindustr­ian di Kedah manakala Alor Setar pula pusat pentadbira­n kerajaan negeri. Secara tidak langsung, KSS menerima kelebihan kesan pembanguna­n memberangs­angkan,” katanya.

 ?? (Foto Amran Hamid / BH ) ??
(Foto Amran Hamid / BH )

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia