Berita Harian

Keunikan makanan tradisi Sabah

-

Berkunjung ke Sabah tidak lengkap jika tidak menikmati keunikan dan kepelbagai­an makanan tradisi di negeri berkenaan.

Walaupun negeri di Bawah Bayu itu amat dikenali sebagai negeri yang menyajikan pelanconga­n di laut, gunung dan darat, tetapi makanan tradisi etniknya antara yang perlu dicuba.

Keunikan dan kepelbagai­an makanan tradisi yang diperkenal­kan oleh masyarakat tempatan Sabah hari ini adalah salah satu keistimewa­an yang terdapat di negeri ini.

Bagi pelancong yang gemar dengan makanan tradisi, tidak lengkap sekiranya mereka tidak menjamu keenakan makanan di sini.

Antara kepelbagai­an makanan tradisi yang perlu dicuba dan dinikmati di Sabah, selain menerokai khazanah flora serta faunanya, seperti hinava dan ambuyat yang mungkin tiada di tempat lain di negara ini.

Hinava adalah salah satu hidangan tradisiona­l istimewa bagi suku kaum Kadazandus­un Murut (KDM) di Sabah.

Seorang pemilik restoran yang menyajikan makanan tradisi, Gerald Jemandan, 48, berkata restoranny­a iaitu Gibing Traditiona­l Food and Cafe itu antara yang menyajikan makanan tradisi, Hinava.

“Hinava adalah hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang lazimnya ikan tenggiri atau titir. Sebenarnya bahan untuk membuat hinava ini mudah diperoleh, selain ikan, bahan lain ialah limau kapas, bawang merah, halia, cili merah, cili padi dan garam.

“Selain itu bahan lain ialah biji buah bambangan yang telah diparut. Biji bambangan inilah yang akan membuat isi ikan itu masak sebab jika perahan jus limau saja, ia tidak cukup. Semua bahan ini digaul sekali dan hinava ini tidak menggunaka­n bahan perasa.

“Selepas digaul semua bahan, ia mengambil masa kira-kira 30 minit untuk masak sepenuhnya dan boleh dimakan,” katanya ketika ditemui BH di resorannya di Penampang, di sini.

Gerald berkata hidangan ini bukan selalu ada kerana ia lebih kepada acara tertentu baharu makanan tradisi ini boleh diperoleh.

“Pada masa perayaan seperti Pesta Menuai (Pesta Kaamatan), perkahwina­n atau majlis keramaian lain, hidangan ini mesti ada. Di restoran ini juga, saya hanya akan membuat Hinava jika ada ikan tenggiri atau titir yang segar sahaja.

“Bagi pelancong yang mahu mencuba makanan ini, mereka boleh buat permintaan lebih awal dan kami akan sediakan,” katanya yang mewarisi kepakaran membuat Hinava itu daripada bapanya.

Selain hinava, banyak lagi makanan tradisi lain yang perlu dicuba jika mengunjung­i Sabah antaranya Ambuyat.

Ambuyat adalah sejenis hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia dan ia adalah makanan tradisi bagi kaum Brunei dan Bisaya, malah menjadi sajian utama selepas nasi.

Hanya dua bahan utama diperlukan untuk membuat ambuyat, iaitu tepung sagu dan air panas, bagi hidangan yang amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei ini

Ambuyat lebih selesa dimakan dengan menggunaka­n kayu penyepit tempatan yang dikenali sebagai candas dan ia enak dimakan semasa masih panas, dicicah dengan ikan bakar, ikan rebus atau ulam-ulaman.

Ada beberapa restoran sekitar Kota Kinabalu turut menghidang­kan ambuyat, khususnya kepada mereka yang mahu mencuba hidangan tradisi itu.

Justeru, bagi yang mahu bercuti ke Sabah, jangan lupa menerokai makanan tradisi yang ada di sini, kerana banyak lagi hidangan tradisi yang ada seperti Tuhau, yang diperbuat daripada halia liar dan dicincang serta dicampur dengan bahan seperti cili dan garam.

 ??  ??
 ?? (Foto Khairull Azry Bidin / BH ) ?? Jemandan menunjukka­n cara di restoranny­a, di Penampang. menyediaka­n makanan tradisi "Hinava"
(Foto Khairull Azry Bidin / BH ) Jemandan menunjukka­n cara di restoranny­a, di Penampang. menyediaka­n makanan tradisi "Hinava"

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia