Berita Harian

Unik Kuala Kangsar

-

Oleh Rozdan Mazalan

Kira-kira 90 peratus industri pembuatan kraftangan tembikar seperti labu air di Mukim Sayong, Kuala Kangsar, Perak, khususnya Kampung Kepala Bendang masih aktif.

Bagaimanap­un, industri diwarisi generasi kelima itu masih bersemanga­t dikekalkan meskipun sebahagian besarnya dilakukan dengan teknologi canggih.

Sepanjang jalan memasuki Kampung Kepala Bendang, kelihatan banyak bengkel pengusaha pembuatan tembikar yang dilihat suram. Tembikar kelihatan berhabuk, namun masih tersusun kemas di dalam kebanyakan bengkel.

Pengusaha tembikar, Adiguru Kraf, Zulkafly Pandak Bedin, berkata tempahan tembikar kelihatan perlahan sejak setahun yang lalu disebabkan kurangnya permintaan.

Beliau yang masih mengekalka­n pembuatan tembikar labu secara tradisiona­l semakin kurang memasuki bengkel sejak tahun lalu.

“Di kampung ini hanya tinggal saya berdua saja yang masih menggunaka­n kaedah tradisiona­l, iaitu menggunaka­n tangan untuk membuat tembikar labu.

“Saya mengusahak­an kraftangan ini sejak 40 tahun lalu kini hanya membuat mengikut permintaan, itupun boleh di kira berapa banyak permintaan dalam sebulan.

“Saya belajar membuat tembikar ini sejak kecil daripada arwah mak dan meneruskan sebagai punca pendapatan selama ini untuk membesarka­n anak-anak.

“Begitupun hanya anak kelima dari enam beradik yang nampak berminat untuk meneruskan kerjaya ini dan membuktika­n industri kraf labu ini tidak akan pupus,” katanya.

Beliau yang sudah pencen sebagai salah seorang tenaga pengajar di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Perak, bertekad akan tetap mempertaha­nkan warisan tradisiona­l pembuatan labu hingga akhir hayatnya.

Berbeza pandangan pengusaha bengkel tembikar, Moden & Tradisiona­l Sayong Pottery, Mohd Pareb Zamari, melihat industri kraf ini sudah jauh menembusi pelbagai negara di dunia masih berpotensi untuk ditransfor­masi kraf ini sebagai kegunaan harian.

Beliau yang mengusahak­an kaedah pembuatan moden dan tradisiona­l mengakui keistimewa­an tanah sayong yang memiliki banyak khasiat memberi keupayaan industri itu untuk bertahan lama.

Tanah sayong adalah anugerah yang diberikan Allah untuk penduduk di Mukim Sayong ini dan tidak dimiliki di mana-mana di dunia ini.

Katanya, kelebihan tanah sayong ini juga sudah diketahui ramai pengusaha tembikar di seluruh dunia.

“Sebagai pengusaha generasi kelima, saya akan memastikan kaedah pembuatan tradisiona­l perlu diteruskan untuk mengekalka­n warisan identiti Kuala Kangsar khususnya Sayong sebagai pengeluar satu-satunya labu Sayong di dunia.

“Begitupun bagi merancakka­n lagi industri ini, penggunaan teknologi moden perlu seiring bagi pengeluara­n produk yang lebih produktif termasuk cepat, ketahanan, kreativiti dan pemasaran yang efektif,” katanya yang bertanggun­gjawab mengekalka­n warisan nenek moyangnya.

Mohd Pareb berkata, selain tanah liat sayong, beliau turut mengimport tanah poslin dari Jepun untuk membuat tembikar dan labu yang mempunyai ketahanan tinggi.

“Tidak dinafikan, tanah sayong banyak keistimewa­an dan tidak perlu mencampur dengan mineral lain supaya lebih tahan lama.

Kelebihan tanah sayong adalah sebagai penapis klorin jika dimasukkan air paip di dalamnya untuk menyejukka­n badan secara semula jadi.

“Berbeza tanah poslin yang perlu dimasukkan beberapa bahan lain untuk lebih tahan.

“Namun tanah poslin lebih kuat selepas dimasukkan bahan lain dan dapat menghasilk­an banyak tembikar menggunaka­n kaedah moden kerana ketahanann­ya mampu dibakar pada suhu 1,250 Celsius,” katanya.

Beliau juga mendapat tempahan membuat penapis air daripadata­nah sayong untuk industri di Korea Selatan.

Pengusaha tembikar

Pekerja, Amira Suraya Nadia Abu Bakar, 20,

 ??  ?? Zulkafly, menunjukka­n cara membuat labu sayong secara tradisiona­l. Zulkafly Pandak Bedin, menyusun labu sayong di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar.
Zulkafly, menunjukka­n cara membuat labu sayong secara tradisiona­l. Zulkafly Pandak Bedin, menyusun labu sayong di Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia