Berita Harian

Stong cabar pendaki

-

Sejak lebih 30 tahun lalu, Gunung Stong hanya dijadikan tempat pendakian bagi pencinta alam semula jadi, namun sejak kebelakang­an ini gunung ini semakin berkembang sebagai tarikan pelanconga­n.

Bukan lagi sekadar ‘litar’ bagi pendaki menguji kekuatan dan kecergasan diri, namun gunung yang mula dibuka kepada awam sejak 1980-an, kini didatangi pelancong bagi tujuan rekreasi keluarga, rakaman fotografi dan lawatan pelajar sekolah.

Perkara itu diakui Ketua Pegawai Operasi Resort Stong Hill (RS), Mohamed Ismail, yang mula mengambil alih pengurusan Gunung Stong sejak November tahun lalu.

Mohamed berkata, permintaan pelancong ke Gunung Stong naik mendadak dengan anggaran tidak kurang 400 pelancong setiap bulan sejak keindahan dan keunikan alam semula jadi gunung serta kecantikan­nya sebagai latar fotografi mula menjadi siulan pengguna laman sosial.

Katanya, pelancong teruja meneroka gunung berusia ratusan tahun itu bagi aktiviti melihat matahari terbit di Kem Baha, melihat burung, meneroka alam semula jadi ataupun mandi-manda di Air Terjun Jelawang yang juga air terjun tertinggi Asia Tenggara.

“Mula-mula datang, saya akui tempat di sini tidak berapa terurus jadi pengurusan sepakat nak ‘tukar wajah’ Stong kepada resort dengan permulaan menyediaka­n kemudahan insfrastru­ktur yang lengkap dan selesa seperti penginapan dan tandas bersih.

“Bangunan diceriakan dengan cat yang baharu selain kemudahan elektrik 24 jam berbanding menggunaka­n generator sebelum ini,” katanya.

Beliau, anak dan menantu yang mempunyai pengalaman mengendali­kan resort terkemuka negara, kini menyediaka­n kedai serbaneka, lima chalet penginapan yang diberi nama Petaling, Balau Kumus, Keranji, Pulasan dan Nyatoh.

Lokasi ini dilengkapi beberapa bilik seperti dorm Kulim, Teja, Sentang dan Halban yang mampu memuatkan 120 orang dalam satu masa serta Dewan Seraya iaitu dewan serbaguna untuk memudahkan kumpulan explorasi berkumpul atau menjalanka­n aktiviti.

 ?? (Foto Nor Amalina Alias/bh) ?? Penulis (bawah, kiri) bersama peserta Program Pemantapan Fizikal dan Taktikal di Gunung Stong, Kelantan, baru-baru ini.
(Foto Nor Amalina Alias/bh) Penulis (bawah, kiri) bersama peserta Program Pemantapan Fizikal dan Taktikal di Gunung Stong, Kelantan, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia