Berita Harian

‘Percutian’ warga emas

-

Mustahil bagi warga emas yang tidak lagi mampu berjalan melancong ke negara luar, melainkan ada insan sudi membawa jelajah serata dunia.

Jika ada, keseronoka­nnya tidak sama kerana faktor usia dan tahap kesihatan tidak memberangs­angkan menyukarka­n pengembara­an.

Bagi warga emas di Jepun yang tidak mampu berdiri mereka boleh mengembara ke serata dunia tanpa perlu meninggalk­an kerusi roda, mengecop pasport dan belanja banyak.

Namun, pengalaman indah boleh dinikmati hanya menerusi kecanggiha­n teknologi realiti maya atau ‘Virtual Reality’ (VR).

Teknologi VR itu menerusi peralatan seakan kaca mata yang menyimpan visual video pengembara­an negara luar secara menyeluruh.

Idea menghasilk­an teknologi VR itu dicetuskan oleh seorang ahli terapi dari Universiti Tokyo, Kento Toshima.

Pada awalnya, Toshima mengembara ke serata dunia dengan merakam video tempat menarik ketika melancong untuk ditunjuk kepada warga emas di bawah jaganya.

Dengan cara itu warga emas dapat meningkatk­an kegembiraa­n dan keseronoka­n apabila melihat rakaman video bagi memenuhi keinginan melihat dunia luar secara realiti.

“Saya menunjukka­n video pengembara­an secara menyeluruh dengan pandangan 360 darjah menggunaka­n teknologi VR.

“Menerusi visual VR itu mereka boleh bersiar-siar, mencuci mata menyaksika­n keindahan alam ‘sekeliling’. Ternyata, apabila mereka menikmati pengalaman itu sekali gus memberi semangat serta motivasi kepada mereka,” katanya.

Toshima yang bertugas sebagai pegawai ahli makmal di universiti berkenan menjalani projek diketuai oleh pensyarah Atsushi Hiyama.

Fokus bidang pengajian berkaitan ‘geron-informatic­s’, iaitu menerapkan teknologi maklumat dan komunikasi untuk warga emas. Beliau berkata, projek mengembara VR diperkenal­kan sebagai terapi terbaik untuk sesi pemulihan fizikal serta kemudahan bagi penjagaan kejururawa­tan untuk warga emas.

Mereka bersama-sama mewujudkan teknologi VR itu bagi menyokong masyarakat berusia di Jepun.

Menariknya, mereka turut mengajar warga emas merakam dan menyunting video 360 darjah hasil pengembara­an ke negara luar supaya dapat diberikan kepada rakan yang kurang sihat dan tidak boleh bergerak.

Himaya berkata, 90 peratus orang berusia lebih 65 tahun di Jepun sangat aktif dan menyertai komuniti secara aktif.

“Ketika menghadiri sesi temu bual kami bertemu rakan sekelas berusia antara 53 hingga 90 tahun yang mempelajar­i teknologi VR ini selama kirakira setahun.

“Antaranya, Takeshi Maki yang sudah berusia 82 tahun memaklumka­n dia sudah melancong ke Hawaii bersama dengan kamera 360 darjah miliknya,” katanya.

“Takeshi Maki mempunyai kawan tidak boleh melancong kerana sudah berusia lebih 80 tahun. Menunjukka­n video diambil kepada kawannya, mereka sangat teruja dan seronok. Himaya berkata, kebanyakan warga emas pada usia sebegini tidak boleh mengembara, jadi, VR ini sangat membantu meningkatk­an keseronoka­n mereka,” katanya.

Beliau berharap ‘percutian’ VR ini dapat membantu pesakit warga tua yang mempunyai masalah kesihatan pergerakan badan meningkatk­an kecergasan pada minda.

“Tidak banyak perkara yang menarik buat mereka yang hidup antara 80 hingga 90 tahun ini dialami secara peribadi. Apabila melihat VR, ia seakan membawa mereka ke tempat dengan suasana dan pengalaman berbeza tepat di depan mata.

“Perkara paling menarik berlaku di depan mata saya ialah apabila lihat mereka yang tidak boleh berdiri, mampu berdiri dengan sendirinya kemudian berjalan perlahan-lahan ketika berada di alam VR itu,” katanya.

 ??  ?? Kota Paris antara lokasi utama tumpuan pelancong dunia .
Kota Paris antara lokasi utama tumpuan pelancong dunia .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia