Berita Harian

Daging wagyu cita rasa mewah

- • •

Keenakan daging wagyu dengan warna kemerah-merahan dan coklat keemasan selepas dipanggang, membuatkan pencinta makanan itu berulang kali mengunjung­i restoran digemari.

Restoran Meet & Dine, di Kajang menghidang­kan sajian istimewa burger wagyu dengan rasa lebih mantap.

Wagyu bermaksud baka lembu Jepun. ‘Wa’ bermaksud Jepun sementara ‘Gyu’ lembu, tetapi daging wagyu di restoran ini diimport dari Australia bagi memberi aroma serta cita rasa lebih mewah.

Daging wagyu ini terlebih dulu dicincang kasar menggunaka­n pisau khas sebelum digaul bersama telur serta diperap seketika bersama garam dan lada hitam untuk dijadikan patty burger. dua jenis keju iaitu chedar dari England dan gouda (Belanda) bagi memberi persembaha­n lelehen keju yang enak.

Gabungan menu ini begitu sempurna apabila disertakan dengan kentang goreng dan iaitu sayur campuran kobis dan lobak bermayonis yang mengenyang­kan

Cef yang juga Pengarah Operasinya, cef Bo, berkata daging burger wagyu antara daging berkualiti tinggi dan paling mahal dalam pasaran.

“Daging wagyu mempunyai lima gred (A1 hingga A5) yang diukur berdasarka­n marbling iaitu corak lemaknya yang berwarna putih atau serat ototnya.

“Bagaimanap­un kita menggunaka­n wagyu gred A4 itu tetapi rasanya juga lebih lembut berbanding daging lembu biasa,” katanya.

Penyediaan kepingan burger wagyu ini mengambil masa sehingga dua jam malah patty dipanggang di atas api perlahan supaya tidak membunuh rasa keenakan, kemanisan dan kesegaran asli.

Sajian seperti lamb shank masala dinikmati bersama nasi hujan panas.

Daging kambing direbus bagi memberi rasa lembut dan dikeringka­n, kemudian diperap enam jam bersama rempah ratus istimewa.

Sos kuah masala dimasak bersama rempah beriani secara berasingan, sebelum dihidang bersama yogut, timun dan papadom.

Sajian enak lain spicy corn beef (iaitu dalam kategori pasta dan me) dan salmon rolls (pembuka selera). Sajian ringkas berasaskan sayur iaitu salad balsamic soy mushroom gaya Mediterane­an.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia