Berita Harian

SOP lombong, eksport bauksit sedia dimuktamad

-

Kuala Lumpur: Dokumen prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti perlombong­an dan pengekspor­tan bauksit di Pahang telah sedia untuk dimuktamad­kan, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata, kementeria­n bersama Kerajaan Negeri Pahang akan mempertimb­angkan pemakaian dokumen SOP itu dan penentuan tarikh berkuatkua­sa.

“Seterusnya dokumen SOP ini akan dimuat naik ke laman sesawang kementeria­n untuk rujukan semua pihak berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau merujuk kepada satu laporan portal berita dalam talian berbahasa Inggeris pada Khamis bertajuk Ministry SOP delay frustrates bauxite mining operators, yang antara lain menyebut mengenai kelewatan dalam penyediaan SOP bagi aktiviti perlombong­an dan eksport bauksit di Pahang.

Menjelas lanjut, Xavier berkata, SOP yang sudah mengambil kira pandangan semua pihak berkepenti­ngan itu mengenakan syarat yang ketat merangkumi seluruh rantaian aktiviti perlombong­an bermula dari peringkat pra, semasa dan pasca perlombong­an.

Ia bagi memastikan kelestaria­n alam sekitar, kemakmuran ekonomi dan kesejahter­aan rakyat terus dipelihara, kata Xavier.

“Penyediaan dokumen itu telah melalui pelbagai proses termasukla­h Sesi Pendengara­n Awam pada 14 April lalu yang dihadiri 519 orang dan mengumpul sebanyak 56 maklum balas secara lisan dan dalam talian,” katanya.

Dokumen SOP ini akan dimuat naik ke laman sesawang kementeria­n untuk rujukan semua pihak berkenaan.

Dr Xavier Jayakumar, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia