Berita Harian

Jerebu dijangka berterusan

31 titik panas dikesan, kualiti udara pada tahap sederhana

- Mohd_iskandar@bh.com.my

Oleh Mohd Iskandar Ibrahim Kuala Lumpur: Keadaan jerebu yang melanda negara dijangka berterusan susulan kewujudan 31 titik panas setakat kelmarin.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i, Jailan Simon, berkata faktor angin yang bertiup secara konsisten dari arah barat daya membawa jerebu akibat pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia.

“Keadaan atmosfera stabil dan kurang hujan diramal berterusan. Berdasarka­n corak tiupan angin ini, keadaan jerebu di Semenanjun­g dijangka berterusan jika kewujudan titik panas masih berlanjuta­n,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un berkata, keadaan jerebu adalah bersifat sementara dan pihaknya sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh

Pemandanga­n sekitar Kuala Lumpur yang berjerebu,

negara secara berterusan.

Berdasarka­n peta taburan titik panas Pusat Meteorolog­i Khas ASEAN (ASMC), sebanyak 31 titik panas dikesan dengan dua daripadany­a di Kota Belud dan Kudat, Sabah.

Kalimantan mencatatka­n titik panas terbanyak iaitu membabitka­n 23 kawasan, Jawa Timur (3), Sulawesi Barat (2) dan Sulawesi Tengah (1) setakat kelmarin.

Sementara itu, kualiti udara di seluruh negara masih pada tahap sederhana apabila 67 daripada 68 stesen Jabatan Alam Sekitar (JAS) mencatatka­n bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di bawah 100.

Berdasarka­n peta taburan IPU di laman web JAS setakat jam 3 petang semalam, Tawau masih mencatatka­n bacaan IPU pada tahap baik iaitu 35.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategori­kan sebagai baik, antara 51 dan 100 (sederhana), antara 101 dan 200 (tidak sihat), antara 201 dan 300 (amat tidak sihat) dan lebih 301 (berbahaya).

Keadaan atmosfera stabil dan kurang hujan diramal berterusan. Berdasarka­n corak tiupan angin, keadaan jerebu di Semenanjun­g dijangka berterusan jika kewujudan titik panas masih berlanjuta­n.

Jailan Simon, Ketua Pengarah Jabatan Meteorolog­i

 ?? (Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh) ?? kelmarin.
(Foto Muhd Zaaba Zakeria/bh) kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia