Berita Harian

Wanita putus buku lali kaki

Dua lagi turut cedera bas persiaran masuk gaung

- Suhaila.shahrul@bh.com.my

Oleh Suhaila Shahrul Annuar Sepang: Seorang wanita putus pergelanga­n kaki kiri, manakala dua lagi turut cedera selepas bas persiaran mereka naiki terbabas ke dalam gaung sedalam tiga meter di Jalan Salak Tinggi-nilai, dekat sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, mangsa berusia lingkungan 30-an parah yang putus bahagian buku lali ke bawah bahagian kaki berkenaan dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan pada jam 6.15 pagi dan jentera tiba di lokasi 11 minit kemudian.

“Apabila sampai di lokasi, didapati terdapat kemalangan membabitka­n sebuah bas persiaran dua tingkat yang terbabas ke dalam gaung sedalam tiga meter.

“Didapati terdapat tiga mangsa cedera, termasuk pemandu lelaki berusia 40-an yang cedera ringan.

“Selain itu, dua penumpang iaitu wanita cedera parah di bahagian kaki kiri kerana putus bahagian buku lali ke bawah manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 23 tahun cedera ringan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Salak Tinggi untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali, ketika dihubungi mengesahka­n kemalangan berkenaan.

Katanya, bas berkenaan dipercayai dari arah Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Bandar Tasik Selatan menghala ke Nilai, Negeri Sembilan.

“Pemandu dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang besi jalan kiri lalu terbabas.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati ketika kejadian cuaca dalam keadaan baik dan keadaan jalan adalah dua lorong sehala, menuruni bukit dan terdapat selekoh.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Pemandu dipercayai hilang kawalan dan melanggar penghadang besi jalan kiri lalu terbabas.

Abdul Aziz Ali, Ketua Polis Daerah Sepang

 ?? (Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) ?? Bas persiaran dua tingkat terbabas dalam gaung di Jalan Salak Tinggi-nilai, dekat Sepang, semalam.
(Foto Ahmad Irham Mohd Noor /BH) Bas persiaran dua tingkat terbabas dalam gaung di Jalan Salak Tinggi-nilai, dekat Sepang, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia