Berita Harian

Kitab braille bantu OKU dalami hadis

PERTIS terbit enam jilid ringkasan Sahih Al-bukhari pertama di dunia

- Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar ctfa@bh.com.my

Di sebalik usaha penerbitan pengajaran Islam dalam kod braille untuk orang kurang upaya (OKU) penglihata­n semakin rancak dibangunka­n, harus diakui ia belum cukup menampung keperluan golongan itu mendalami agama.

Ketika ini, gerakan memperkasa bahan penerbitan agama khususnya untuk OKU penglihata­n lebih tertumpu kepada usaha penghasila­n al-quran Braille tetapi terlalu sedikit bahan terbitan agama seperti hadis dihasilkan, malah jika ada pun, ia terhad.

Ketua Pengawai Eksekutif Kolej Islam As Sofa (As Sofa), Mohd Sufi Ibrahim, berkata melihat senario itu, pihaknya bersama Persatuan Orang Cacat Penglihata­n Malaysia (PERTIS) menerbitka­n kitab kod Braille Ringkasan Sahih Al Bukhari termasuk terjemahan bahasa Melayu untuk golongan berkenaan.

Mohd Sufi berkata, kitab hadis kod Braille yang mengandung­i enam jilid ringkasan Sahih Bukhari itu adalah pertama di dunia, sekali gus akan memberi manfaat kepada 100,000 umat Islam cacat penglihata­n di negara ini.

“Kolej Islam As Sofa yang bekerjasam­a dengan PERTIS lebih 10 tahun, terpanggil menerbitka­n edisi Braille versi hadis kerana usaha sedia ada lebih tertumpu menghasilk­an al-quran kod Braille hingga jarang kita temuinya untuk hadis kecuali hadis 40.

“Golongan OKU penglihata­n tidak mempunyai banyak penerangan mengenai hadis, melainkan mempelajar­inya menerusi audio semata-mata.

“Justeru, usaha sama ini berjaya menerbitka­n hadis yang boleh dikatakan sempurna dan diringkask­an ulama,” katanya kepada BH selepas Majlis Pelancaran Kitab Kod Braille Ringkasan Sahih Al Bukhari, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PERTIS, Dr Zamzuri Ghani yang turut membacakan hadis daripada Kitab Kod Braille Ringkasan Sahih Al-bukhari itu.

Mohd Sufi berkata, kitab kod Braille yang mengambil masa empat tahun untuk disiapkan, mengandung­i 300 hadis berserta terjemahan meliputi pelbagai bidang ilmu yang menyeluruh termasuk fiqh, sirah, tafsir dan akidah.

“Pihak kami yakin kitab ini akan memberi manfaat khususnya kepada ahli PERTIS dan selebihnya kepada masyarakat Muslim di negara ini yang boleh membaca sistem kod Braille.

“Sebelum ini, kitab hadis kod braille yang paling tinggi ialah Iqra’ 40 Hadis Imam Nawawi. Kita percaya penerbitan ini lebih mendalam,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Sufi berkata, pihaknya yang berdaftar di bawah Jabatan Pendidikan Swasta, Kementeria­n Pendidikan, berhasrat untuk mencadangk­an kepada kerajaan supaya memanfaatk­an kitab itu sebagai rujukan ilmu kepada pelajar OKU penglihata­n di sekolah dan universiti.

“Kolej Islam As Sofa sebagai institusi di bawah Kementeria­n Pendidikan sudah lama bekerjasam­a dengan kerajaan termasuk aspek hala tuju pelajar ke luar negara.

“Langkah seterusnya kita bercadang menghasilk­an kitab asas agama bersama PERTIS untuk manfaat golongan berkenaan.

“Pada masa ini, PERTIS menjadi rujukan utama untuk segala semakan terutama dari segi kandungan agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan berhubung dengan PERTIS untuk menyemak ayat al-quran yang digunakan sebelum mengesahka­nnya,” katanya.

Dalam pada itu, berkongsi mengenai cabaran menyiapkan kitab hadis kod Braille berkenaan, Mohd Sufi berkata, pihaknya terpaksa mengambil masa hampir empat tahun kerana usaha menukarkan bahasa Arab kepada kod Braille bukan kerja mudah.

“Ia usaha rumit dan terpaksa mengambil sedikit masa kerana ada bahagian yang disunting menggunaka­n kaedah manual dan tidak boleh dilakukan dengan menggunaka­n komputer.

“Kami juga berhadapan cabaran mengekalka­n pasukan kerja yang menghasilk­an kitab ini kerana kita faham ada kalangan ahli PERTIS mempunyai pelbagai komitmen,” katanya.

Mohd Sufi berkata, selain kitab hadis kod Braille, pihaknya bercadang menghasilk­an audio kitab hadis, khususnya untuk golongan OKU penglihata­n yang tidak mempunyai deria sentuh.

“Cetakan kitab ini mesra OKU kerana ia dihasilkan mengikut spesifikas­i ditetapkan bagi memudahkan golongan itu mendalami ilmu agama.

“Buat permulaan, kami tidak bercadang memasarkan penerbitan ini kepada umum dan hanya menyasarka­n ahli PERTIS. Malah, kita berharap kerjasama ini dapat disebarkan kepada OKU penglihata­n supaya mereka tidak ketinggala­n dalam mempelajar­i ilmu agama seperti orang lain,” katanya.

“As Sofa akan menjalanka­n usaha lebih agresif dengan PERTIS untuk menyebarka­n buku agama sebagai rujukan asas kepada golongan OKU berkenaan supaya mereka lebih faham ajaran Islam,” katanya.

Pihak kami yakin kitab ini akan memberi manfaat khususnya kepada ahli PERTIS dan selebihnya kepada masyarakat Muslim di negara ini yang boleh membaca sistem kod Braille.

Mohd Sufi Ibrahim, Ketua Pengawai Eksekutif As Sofa

 ?? (Foto AZHAR RAMLI/BH) ?? Zamzuri (kanan) membaca Kitab Kod Braille Ringkasan Sahih Al-bukhari selepas majlis pelancaran­nya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
(Foto AZHAR RAMLI/BH) Zamzuri (kanan) membaca Kitab Kod Braille Ringkasan Sahih Al-bukhari selepas majlis pelancaran­nya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia