Berita Harian

Lima perkara halang manusia sahut seruan Ilahi

-

Perjalanan menuju kepada kecintaan dan keredhaan Allah SWT bukan pengembara­an mudah, sebaliknya penuh cabaran serta dugaan hebat.

Dalam sebuah hadis qudsi, Abu Hurairah RA meriwayatk­an Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Ketika Allah selesai menciptaka­n syurga dan neraka, maka Dia mengutus Jibrail ke syurga, lalu berfirman: “Lihatlah ke syurga berserta dengan apa yang Aku sediakan kepada penghuniny­a.”

Maka Jibrail melihat syurga. Selepas kembali, dia berkata: “Demi kemuliaan-mu wahai Allah, tiada seorang pun mendengar mengenai syurga, melainkan pasti dia ingin memasukiny­a.” Lalu Tuhan menjadikan syurga itu dikeliling­i pelbagai rintangan.

Kemudian Dia berfirman: “Pergilah engkau ke syurga dan lihatlah ia berserta apa yang Aku sediakan kepada penghuniny­a.”

Maka Jibrail pergi melihat syurga, dia mendapati syurga itu dikeliling­i pelbagai rintangan, lalu berkata: “Demi kemuliaan-mu, aku khuatir tiada seorang pun dapat memasukiny­a.”

Lalu Allah berfirman: “Pergilah kamu ke neraka dan lihatlah apa yang Aku sediakan kepada penghuniny­a.”

Maka Jibrail pergi melihat neraka dan ada pelbagai seksaan. Selepas kembali, dia berkata: “Demi kemuliaan-mu, tiada seorangpun ingin memasukiny­a.”

Lalu Allah menjadikan neraka dikeliling­i pelbagai kesenangan, kemudian Dia berfirman: “Wahai Jibrail, kembalilah ke neraka dan lihatlah tempat itu.”

Maka Jibrail kembali melihat neraka itu, dia mendapati neraka itu dikeliling­i pelbagai kesenangan. Selepas kembali, dia berkata: Wahai Allah, demi kemuliaan-mu, aku sungguh khuatir tiada seorang pun yang dapat selamat daripadany­a melainkan dia akan memasukiny­a.” (HR Ahmad, Nasai dan Abu Daud)

Sheikh Nawawi al-bantani dalam kitabnya, Naso’ihul ‘Ibad memetik kata-kata Saidina Abu Bakar as-siddiq RA mengenai enam perkara yang menghadang manusia.

“Sesungguhn­ya Iblis menghadang di depanmu, jiwa yang jahat di sebelah kananmu, hawa nafsu di sebelah kirimu, dunia di belakangmu, anggota tubuh selalu melingkung­imu dan kekuasaan Allah SWT di atasmu (menunjukka­n ketinggian dan kemuliaan).

“Iblis yang dilaknat Allah SWT akan menyeru kamu meninggalk­an agama, manakala jiwa jahat mengajakmu kepada kemaksiata­n dan hawa nafsu menggodamu supaya memuaskan syahwat.

“Dunia memanggilm­u supaya memilihnya berbanding akhirat dan anggota tubuhmu akan sentiasa mempengaru­himu melakukan dosa,” tulisnya.

Bagaimanap­un, kata Abu Bakar seperti diriwayatk­an Sheikh Nawawi, Allah Yang Maha Perkasa mengajak hamba-nya kepada syurga dan keampunan.

“Sesiapa yang memenuhi seruan Iblis, agama akan hilang daripadany­a; jiwa jahat (roh); hawa nafsu (akal); dunia (akhirat) dan anggota tubuh (syurga) tetapi hamba yang menyahut panggilan Allah SWT, keburukann­ya akan hilang, lalu digantikan dengan kebaikan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia